Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.
Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.
Solat Yang Betul title=Arah Kiblat style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR9EwIEPOo2cRLPRhHRhtxAgpxFWb4HR2VP1S0MvQchoTIbHy_iyv1DmV6mPArcBjUE5so&usqp=CAU'; />
Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.
Ripin Nak Tau Arah Kiblat Dalam Hutan,jom Solat Walau Dimana Kita Berada….
Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.
Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.
Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)Islam adalah agama yang menyuruh agar memudahkan urusan umatnya termasuklah menuntut umatnya tidak menyusahkan dalam urusan kiblat ini. Ini adalah kerana nas al-Quran menyebut agar seseorang menghadap ke arah masjidil haram dengan menggunakan perkataan شطر (arah atau separuh) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 149:
Cara Tentukan Arah Kiblat Malaysia(291 293 Darjah)
Terjemahannya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Allah mengetahui bahawa mustahil orang yang berada jauh untuk menghadap ke masjidil haram. Maka yang diperintahkan adalah menghadap ke arah masjidil haram.
Oleh itu, bagi muslim yang berada dalam masjidil haram hendaklah dia menghadap ke arah kaabah yang dilihatnya. Sementara mereka berada di luar masjidil haram hendaklah menghadap ke arah masjidil haram. Adapun mereka yang berada di luar dari Mekah hendaklah dia menghadap ke arah tanah haram.
Un Marinaio Vita: Arah Kiblat
Asalnya hendaklah seseorang berusaha mencari arah kiblat yang tepat iaitu 291 darjah ke 293 darjah dari utara bagi negara Malaysia. Walau bagaimanapun bagi seseorang yang ingin solat memadailah dengan panduan arah kiblat yang sedia ada di tempat tersebut atau yang diketahui olehnya berdasarkan kemudahan sekadar yang dia mampu. Selagi mana seseorang menghadap ke arah Masjidil Haram, maka solatnya sah. Tidak disyaratkan kesahihan solatnya itu dengan dia menghadap tepat ke Masjidil Haram. Hal ini kerana penentuan arah kiblat sejak zaman dahulu adalah berdasarkan sangkaan yang kuat (غلبة الظن) dengan petunjuk-petunjuk yang ada.

Sesiapa yang telah solat dengan arah yang dipercayainya sebagai arah kiblat, kemudian setelah selesai solatnya dia mendapati arah tersebut salah, maka tidak wajib baginya untuk mengulangi solatnya.
Adapun bagi masjid-masjid pada zaman ini yang diwujudkan setelah adanya peralatan teknologi moden hendaklah berusaha mencari arah yang tepat dengan menggunakan kemudahan yang diiktiraf. Begitu juga masjid-masjid yang di bina dan didapati arah kiblatnya kurang tepat berdasarkan alatan moden masa kini, ia boleh kekal dengan binaan / keadaan asalnya selagi tidak melebihi 45 darjah dari arah yang tepat ke kiri atau ke kanan.
Cara Menentukan Arah Kiblat (panduan Lengkap & Mudah)
Apa yang dimaksudkan arah menghadap itu hendaklah tidak melebihi 45 darjah dari arah kiblat mengambil kira sudut setiap arah iaitu utara, selatan, timur dan barat yang mempunyai 90 darjah bagi setiap sudut. 45 darjah itu juga berdasarkan arah yang Nabi SAW sebutkan iaitu timur dan barat. Apabila melebihi 45 darjah dari arah yang tepat akan mengakibatkan seseorang akan terkeluar dari arah tersebut kerana arah keseluruhannya 90 darjah. Maka arah yang paling tengah dalam 90 darjah adalah 45 darjah ke kanan dan 45 darjah ke kiri.
Terjemahannya : Jika kamu datang ke tandas, maka janganlah kamu menghadap kiblat dan membelakanginya. Akan tetapi, hadaplah ke arah timur atau barat. (HR al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim)Masalah utama jika anda berada di dalam bagunan tingi hotel hotel atau di kawasan hutan adalah untuk menentukan arah kiblat yang tepat bagi anda menunaikan sholat. Walaupun anda boleh mengunakan kedudukan bayang matahari namun ianya kurang tepat kerana kedudukan matahari bergerak mengikut bulan bulan tertentu dan hanya tepat pada waktu peristiwa matahai tepat di atas kaabah pada waktu ISTIWA pada bulai mei dan julai sahaja (lihat sini Istiwa matahari atas kaabah)

Pengunaan buruj Orion di malam hari juga mungkin tidak dapat membantu pada waktu hujan dan jika anda di dalam bagunan atau kawasan lapang yang gelap atau dalam hutan rimba yang padat (rujuk pengunaan buruj Orion disini)
Serong 30 Darjah Arah Kiblat Hala Selatan Benua Afrika
Jadi cara yang paling tepat anda hendaklah mengunakan kelebihan kompas .Anda misti berkata takan nak bawa kompas kemana mana pula kan Namun tahukah anda kebanyakan orang sekarang pasti mempunyai Smartphone sendiri dan di dalamnya selalu tersedia kompas digital .Jika tidak ada download dan simpan kompas di gital dalam smartphomne anda. Seperti anda sedia maklum kompas akan sentiasa menunjuk arah keutara (N) dengan tepat sekali walau di mana sahaja kedudukan anda . cuma anda kena tahu arah kiblat berada diarah mana di dalam kompas anda.
Saya telah mencuba beberapa kali dan menguji kedudukan kiblat setelah mengetahui di mana utaranya (N) dengan mengunakan kompas dari smartphone saya dan saya dapati kiblat selalunya berada 300 darjah dari barat (W) dan kurang 60 darjah dari utara(N) ( Lihat rajah) artinya angka 300
Sekarang letakan diatas meja atau lantai tentukan arah utranya (N) dahulu kerana jarum kompah akan sentiasa menunjukan arah utara (N) dan kiblat akan sentiasa berada pada 300 darjah dari barat (W).Disini saya tandakan garis merah pada angka 300 pada kompas saya. Anda cuma perlu mengingat angka 300 ini setiap kali cuba mencari arah kiblat anda. ( ini bukan ukuran tepat cuma untuk tidak pastikan kiblat anda tidak terbalik 100%)

Cara Menentukan Arah Kiblat Di Rumah Yang Presisi Dan Sesuai
Angka 300 Ini adalah penelitian saya sendiri setelah saya uji di beberapa tempat yang saya amat pasti arah kiblatnya jika anda rasa ada kordinat yang lebih tepat sila maklumkan kepada saya untuk saya betulkan dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih tepat jika anda mengetahui Qibla bearing di setiap tempat yang anda tinggal atau semasa anda ingin melihat arah kiblat tersebut namun agak mustahil bagi anda menghafal bearing di setiap tempat yang anda singah kan kecuali anda membawa buku panduan bearing qibla.
Sebagai contoh bearing qiblat di Sg Empat Hutan Melintang adalah 292 darjah dari barat (W) bila di lihat tidaklah lari jauh dari 300 darjah yang saya tetapkan itu kerana bagi saya mengetahui arah kiblat secara betul sudah memadai daripada kita langsung tidak mendapat sebarang panduan atau anda mengagak kiblat yang seratus peratus tidak betul atau terbalik 360 darjah. Dari penelitian saya kebanyakan bearing di Semenanjung antara 291 dan 292 darjah.
Komentar