Bilik darjah adalah merupakan element yang penting bagi setiap pelajar dimana persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat mempengaruhi cara murid dalam melibatkan diri dan mengambil bahagian dan suasana pembelajaran yang selesa mampu merangsang minat kanak-kanak untuk terus belajar. Disamping untuk dalam mewujudkan pelajar yang aktif semasa sesi pembelajaran, sebuah bilik darjah yang mempunyai kelengkapan dari segi teknologi yang canggih serta persekitaran yang baik merupakan aspek yang perlu ada pada setiap bilik darjah. pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu, pengurusan sebuah bilik darjah harusalah diutamanya bagi membentuk pelajar yang aktif dan positif mempengaruhi persekitaran yang kondusif perlu ada pada setiap bilik darjah.
Ciri sebuah pengurusan bilik darjah yang kondusif pada masa hadapan adalah bilik darjah yang menyediakan kelengkapan penggunaan teknologi yang seperti telefon pintar, komputer riba, projekter, dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah akan lebih berjalan dengan lancar, pengguna alat teknologi yang canggih ini bukan sahaja memudahkan pembelajaran malah penyampaian maklumat pengajaran akan lebih baik serta dapat menarik minat murid-murid. Sebagai contohnya, penggunaan telefon pintar dimana pelajar dapat memcari maklumat dengan cepat semasa sesi pembelajaran didalam kelas dan bukan hanya memudahkan pelajar malah guru juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lancar semasa penganjaran didalam kelas tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, Dari segi fizikal bilik darjah pula dimana ruang pembelajaran yang kreatif daripada hasil usaha murid dilekatkan ini bagi menarik minat pelajar dan membuatkan hasil kerja pelajar akan lebih bermakna, dengan ini peljar akan lebih dihargai dan menunjukkan semangat yang positif ketika masuk ke dalam bilik darjah, sebagai contohnya, sudut hasil kerja murid dibuat bagi menghargai setiap kerja yang dilakukan, serta sudut maklumat dan ruang santai turut disediakan, pada setiap sudut bilik darjah juga diletakkan kriteria kejayaan pada setiap sudut, persekitaran bilik yang mempunyai sudut yang menarik dapat meningkatkan daya imaginasi dan menarik minat kanak-kanak untuk belajar.
Steve Vai Live Show Review
Dari segi susunan fizikal bilik darjah dan kerusi murid disusun dengan kemas ini bagi memudahkan pergerakan guru dan juga murid seterusnya meja disusun secara berkumpulan bagi pembelajaran yang berfokuskan kepada pengurusan kelompok dengan ini guru dapat menumpuhkan perhatian kepada setiap murid dan mengenali tingkah laku pelajarnya, dalam pada itu, meja guru perlulah diletakkan dihadapan kelas bagi memudahkan pelajar untuk melihat guru, Disamping dapat mengekalkan minta dan semangat murid, murid juga dapat berkongsi pendapat mengenai sesi pembelajaran yang berlangsung dan boleh meminta pendapat daripada rakan di sebelah mereka, ruang bilik darjah juga mempengaruhi pergerakan setiap murid dan ruang bilik darjah yang besar dan selesa memudahkan murid untuk bergerak dalam bilik darjah semasa aktiviti-aktviti dijalankan di dalam bilik darjah dan memberikan semangat kepada murid untuk ketika proses pembelajaran berlangsung semasa di dalam kelas.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi meningkatkan prestasi pelajar untuk meningkat dan mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak. sebuah bilik darjah yang dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi akan memudahkan guru ketika sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas berlangsung.Bilik darjah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku yang melibatkan guru dan murid. Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia, terdapat beberapa jenis bilik darjah pada masa kini yang diklasifikasikan mengikut perbezaan ciri serta fungsinya. Antara jenis bilik darjah yang dikenal pasti ialah bilik darjah tradisi, bilik darjah KBSR dan KBSM dan bilik darjah terbuka.
Bilik darjah tradisi telah lama digunakan di negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu di bawah program 'Kurikulum Lama Sekolah Rendah' dan 'Kurikulum Lama Sekolah Menengah' yang telah diperkenalkan sebelum KBSR dan KBSM. Kaedah ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan murid untuk mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas. Di dalam bilik darjah jenis ini pada kebiasaannya murid duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris. Guru pula lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu. Terdapat juga kerusi dan meja serta papan hitam yang tergantung di hadapan kelas.
Pengurusan Bilik Darjah Sekolah Rendah
Bilik darjah KBSR telah diperkenalkan di negara kita pada tahun 1982 di beberapa buah sekolah rendah sebagai percubaan manakala bilik darjah KBSM pula diperkenalkan apabila murid dari sekolah rendah tadi meneruskan pengajian ke sekolah menengah pada tahun 1988. Bilik darjah jenis ini mempunyai perbezaan yang begitu ketara jika dibandingkan dengan bilik darjah tradisi. Dari segi susunan fizikal, kerusi dan meja murid disusun mengikut kaedah kumpulan. Hal ini demikian kerana program KBSR menekankan aktiviti pembelajaran secara berkumpulan dan interaksi antara guru dengan murid serta murid dengan murid sangat ditekankan. Dari segi strategi pengajaran, pendekatan yang digunakan lebih bersifat berpusatkan murid dan penglibatan mereka secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat digalakkan. Dari segi bentuk dan kemudahan di dalam bilik darjah KBSR dan KBSM disediakan ruang pembelajaran untuk memudahkan murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, bahan pengajaran dan hasil pembelajaran juga diletakkan di ruang tersebut. Hal ini menimbulkan suasana bilik darjah menarik dan merangsang proses pengajaran dan pembelajaran.
Bilik darjah terbuka wujud hasil daripada konsep pendidikan terbuka. R.S menyatakan bahawa konsep pendidikan terbuka sebagai suatu '[endekatan pengajaran dan pembelajaran, ruang-ruang pembelajaran bahan-bahan pelajaran serta penglibatan murid dalam membuat pemilihan daripada pendekatan dan strategi pembelajaran'. Sistem pendidikan terbuka dapat memberikan peluang kepada murid untuk merancang aktiviti pembelajaran sendiri dan pengajaran guru dikurangkan ke peringkat minimum. Guru hanya berperanan sebagai penasihat, pembimbing dan memilih bahan pengajaran dan aktiviti pengajaran sama ada secara berkumpulan atau individu. Pada kebiasaannya, pendekatan pengajaran secara berpasukan yang melibatkan beberapa orang guru terlatih dalam pelbagai bidang pengajaran digunakan untuk membimbing murid dalam bilik darjah terbuka. Situasi pengajaran di bilik darjah terbuka ini diubahsuai agar murid senang bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk memilih bahan pengajaran yang diminati dan menjalankan aktiviti pelajaran selepas berbincang dengan guru.
Dari segi ciri bilik darjah terbuka ini, kita dapati bahawa guru dalam bilik darjah hanya berperanan sebagai penbimbing, pengurus pembelajaran, kaunselor, pemudah cara atau fasilitator. Hal ini jelas berbeza dengan bilik darjah biasa yang menekankan aspek kawalan kelas. Implikasi daripada ini ialah pelajar diberi peluang untuk membentuk disiplinnya sendiri. Suasana berlumba-lumba untuk memperoleh markah tertinggi, ujian dan tekanan dari luar untuk menghabiskan sukatan pelajaran tidak berlaku.Sesetengah guru terutamanya yang tidak terlatih menganggap bahawa bilik darjah terbuka ini akan menimbulkan pelbagai masalah kepada guru. Antara masalah yang dijangka timbul seperti menyusun ruang dan mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Penyediaan bahan juga akan menimbulkan masalah bagi guru yang tidak terlatih.
Komentar