Secara umumnya, kapal terbang merupakan sebuah pesawat terbang yang terbang menggunakan sayap. Helikopter terbang dengan cara yang berbeza dengan kapal terbang iaitu dengan menggunakan bilah-bilah rotor. Sebelum kita mengkaji prinsip penerbangan dengan lebih mendalam, kita perlulah mengenal beberapa komponen utama yang terdapat pada sesebuah kapal terbang seperti yang ditunjukkan pada gambarajah di bawah.
Permukaan kawalan (control surface) merupakan kompoen-komponen yang berfungsi untuk mengawal olah gerak (manouver) sesebuah kapal terbang. Terdapat lima permukaan yang biasa didapati iaitu aileron, kemudi (rudder), penaik (elevator), kepak (flap) dan trim tab.
Aileron merupakan kompnen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan berputar (rolling). Aileron terletak pada kedua-dua belah sayap dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan (control stick). Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke kanan, aileron sebelah kanan akan naik dan aileron sebelah kiri pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kanan. Begitu juga sebaliknya, jika kayu kawalan ditolak ke kiri, aileron sebelah kiri kiri akan naik manakala aileron sebelah kanan pula akan turun. Ini menyebabkan kapal terbang mengoleng ke kiri.
Toys Plane Untuk Perkembangan Mental Dan Fizikal Kanak Kanak
Kemudi merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan merewang (yawing). Kemudi terletak pada bahagian penstabil menegak dan pergerakkannya dikawal oleh pedal yang terletak di bawah kaki juruterbang. Apabila kapal terbang ingin direwang ke kanan, juruterbang akan memijak pedal di sebelah kanan dan serentak dengan itu, kemudi akan bergerak ke kanan. Begitulah sebaliknya. Apabila kapal terbang ingin direwangkan ke kiri, juruterbang akan memijak pedal di sebelah kiri dan mengakibatkan kemudi bergerak ke kiri. Biasanya, untuk membelok, gabungan pergerakan rewang dan putar dilakukan serentak. Oleh itu, juruterbang perlu mengawal secara serentak kedua-dua kayu kawalan dan pedal mengikut arah belokan yang diinginkan.
Penaik merupakan komponen yang berfungsi untuk mengawal pergerakan mendongak (pitching). Penaik terletak pada kedua-dua belah penstabil mengufuk dan pergerakannya dikawal oleh kayu kawalan. Apabila juruterbang menolak kayu kawalan ke hadapan, penaik akan turun dan mengakibatkan muncung kapal terbang terturun ke bawah. Sebaliknya, jika kayu kawalan ditarik ke belakang, penaik akan naik dan muncung kapal terbang akan terdongak ke atas.
Kepak ialah satu kepingan sayap kecil yang diengselkan di bahagian pinggir belakang dan pinggir hadapan sayap. Kepak yang diletakkan di pinggir belakang dikenali sebagai flap manakala yang di bahagian pinggir hadapan pula dikenali sebagai slat. Fungsi kepak bukan untuk mengawal arah pergerakan kapal terbang tetapi merupakan alat untuk menghasilkan daya angkat tambahan yang diperlukan ketika perlepasan dan pendaratan. Dengan menambahkan luas permukaan dan kamber sayap, daya angkat juga dapat ditingkatkan.
Basah Lencun Gara Gara Penghawa Dingin Pesawat 'delay' Rosak… Sampai Ada Penumpang Pengsan, Menangis Buka Baju
Daya angkat tambahan diperlukan ketika berlepas di landasan yang pendek kerana kapal terbang perlu berada di udara walaupun kelajuan perlepasan masih belum mencukupi. Jika tidak, kapal terbang tersebut mungkin akan terkeluar dari landasan dan terbabas. Ketika pendaratan pula, kapal terbang perlu menghampiri landasan pada kelajuan yang rendah, dan ini akan mengurangkan daya angkat. Maka daya angkat tambahan diperlukan. Jika kapal terbang mendarat dalam keadaan yang sangat laju, impaknya boleh merosakkan gear pendaratan dan kapal terbang akan terhempas.
Penurunan kepak boleh dilaraskan bergantung kepada kelajuan penerbangan yang dikehendaki. Sesetengah kapal terbang jet yang besar (contohnya Boeing 747) boleh menurunkan kepaknya sehingga 30 darjah bagi menghasilkan daya angkat yang besar sewaktu pendaratan.
Trim tab merupakan permukaan kawalan yang biasanya terdapat pada kapal terbang yang besar dan selaluya diletakkan pada pengangkat dan kemudi. Pada kapal terbang yang besar, daya yang bertindak pada pengangkat dan kemudi juga besar. Ini menyebabkan kayu kawalan menjadi lebih berat dan susah untuk digerakkan. Juruterbang memerlukan tenaga yang lebih untuk mengawal kayu kawalan tersebut. Dengan adanya trim tab, daya yang besar itu tadi dipindahkan kepada trim tab dan tiada lagi daya pada pengangkat dan kemudi. Oleh itu, juruterbang seolah-olah tidak merasa sebarang daya pada kayu kawalan dan boleh melakukan olah gerak dengan mudah.
Komentar