) ialah arah yang menghala ke Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, yang digunakan oleh orang Islam dalam pelbagai konteks agama, terutamanya arah sembahyang untuk solat. Dalam Islam, Kaabah dipercayai tempat suci yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., dan penggunaannya sebagai kiblat diperintahkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun kedua Hijrah. Sebelum wahyu ini diturunkan, Nabi Muhammad dan pengikutnya di Madinah menghadap Baitulmuqaddis untuk sembahyang. Kebanyakan masjid mengandungi sebuah mihrab (ceruk dinding) yang menunjukkan arah kiblat.
Kblat juga arah masuk ihram (keadaan jemaah berniat untuk haji atau umrah); arah haiwan dipalingkan semasa dhabihah (korban); arah yang disyorkan untuk membaca doa; arah yang dielakkan apabila membuang air atau meludah; dan arah jenazah dibaringkan apabila dikebumikan. Kiblat boleh dilihat dengan menghadap Kaabah dengan tepat (ayn al-Kaabah) atau menghadap arah yang umum (jihat al-Kaabah). Kebanyakan ulama Islam berpendapat bahawa jihat al-Kaabah boleh diterima jika ayn al-Kaabah yang lebih tepat dapat dilakukan. Contohnya, di dalam Masjidil Haram dan sekelilingnya tidak dapat dipastikan.

Takrifan teknikal paling umum yang digunakan oleh ahli falak Islam untuk suatu lokasi ialah arah bulatan agung—di sfera Bumi—melalui lokasi tersebut dan Kaabah. Ini ialah arah laluan yang terpendek mungkin dari suatu tempat ke Kaabah, dan mengirakan pengiraan (hisab) kiblat yang tepat menggunakan rumus trigonometri sfera yang mengambil koordinat suatu lokasi dan koordinat Kaabah untuk dimasukkan (lihat rumus di bawah). Kaedah ini diguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang untuk orang Islam, dan menghimpun jadual kiblat yang digunakan dalam alat seperti kompas kiblat. Kiblat juga dapat ditentukan di suatu lokasi dengan memerhati bayang-bayang rod menegak pada kejadian dua kali setahun apabila matahari betul-betul di atas Mekah—pada 27 dan 28 Mei jam 12:18 Waktu Piawai Arab Saudi (09:18 UTC), dan pada 15 dan 16 Julai jam 12:27 SAST (09:27 UTC).
Fenomena Istiwa' A'dzam Ukur Ketepatan Arah Kiblat
Sebelum perkembangan ilmu falak dalam dunia Islam, orang Islam menggunakan kaedah tradisional untuk menentukan kblat. Kaedah ini termasuk menghadap arah yang sahabat Nabi Muhammad telah guna apabila berada di tempat yang sama; menggunakan titik terbenam dan terbit objek cakerawala; menggunakan arah angin; atau menggunakan arah selatan, iaitu kiblat Nabi Muhammad di Madinah. Astronomi Islam awal terbina pada astronomi India dan Yunani, terutamnya karya Ptolemy, dan kemudian ahli falak Islam menghasilkan kaedah mengira arah anggaran kiblat, bermula dari pertengahan abad ke-9. Pada akhir abad ke-9 dan ke-10, ahli falak Islam menghasilkan kaedah mencari arah tepat kiblat yang setara dengan rumus moden. Pada awalnya, kiblat ahli falak ini digunakan bersama pelbagai kiblat yang ditentukan secara tradisional, mengakibatkan banyak kepelbagaian di kota Islam pada Zaman Pertengahan. Tambahan pula, data geografi tepat yang diperlukan untuk kaedah falak mengeluarkan keputusan yang tepat belum ada sebelum abad ke-18 dan ke-19, mengakibatkan kepelbagaian lanjut kiblat. Masjid bersejarah dengan kiblat yang berbeza masih berdiri hari ini di seluruh dunia Islam. Penerbangan angkasa seorang Islam yang taat, Sheikh Muszaphar Shukor, ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 menimbulkan perbincangan tentang arah kiblat dari orbit rendah Bumi, menyebabkan pihak berkuasa Islam negara asalnya, Malaysia, mengesyorkan menentukan kiblat berdasarkan mana-mana arah untuk angkasawan tersebut.
Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam terawal di Madinah pada asalnya sembahyang ke arah Baitulmuqaddis, dan mengubah kiblat menghadap Kaabah di Mekah pada tahun 624M.
Kiblat ialah arah Kaabah, bangunan seperti bentuk kubus di tengah Masjidil Haram (Masjid Suci) di Mekah, di rantau Hijaz, Arab Saudi. Selain peranannya sebagai kiblat, ia juga tempat suci bagi orang Islam, juga dikenali sebagai Baitullah (Rumah Allah) dan tempat tawaf yang dikerjakan semasa menunaikan Haji dan umrah. Kaabah mempunyai pelan tingkat bawah lebih kurang bersegi empat tepat dengan empat penjurunya yang menghala dekat empat arah kardinal.
Rakyat Malaysia Boleh Tentukan Arah Kiblat Tepat Petang Ini
Tidak banyak catatan sejarah yang tinggal memperincikan sejarah Kaabah sebelum kebangkitan Islam, tetapi dalam generasi sebelum Nabi Muhammad, Kaabah digunakan sebagai tempat suci agama Arab pra-Islam.
Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
Orang Islam menggunakan berbagai-bagai alat untuk mencari arah kiblat apabila tidak dekat dengan masjid. Kompas kiblat ialah kompas magnet yang memasukkan jadual atau senarai sudut kiblat dari petempatan utama. Beberapa versi elektronik menggunakan koordinat satelit untuk mengira dan menunjukkan kiblat secara automatik.Cools akan bersama JDT- TMJPrabowo pilih anak Jokowi jadi calon Naib Presiden Indonesia, yakin menang Pemilu 2024SOJC jadi medan pemanas badan buat skuad hoki muda negaraJakel, Ariani nyatakan solidariti untuk PalestinTECNO lancar telefon lipat pertama, Phantom V Flip 5G Anwar berharap hubungan Malaysia-Arab Saudi terus diperkukuhJangan ‘scam’ tabung Gaza – Mohd. Na’imPenentuan Yasin bebas atau bersalah atas tuduhan dadah 29 November iniMak mentua faham, bukan seorang cepat menghukum – Elisya SandhaMasjid digalak anjur aktiviti sukan, riadah
Lelaki Ini Terkejut Semak Arah Kiblat Salah. Rupanya Guna Apps Di Telefon Pintar
PUTRAJAYA: Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan tepat arah kiblat dengan hanya melihat bayang matahari pada Jumaat ini antara pukul 5.10 petang sehingga 5.40 petang.

Ia susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Masjidil Haram, Mekah, Arab Saudi ketika waktu berkenaan.
“Berdasarkan hisab kiraan falak, matahari dijangka tepat atas Kaabah pada 5.16 petang atau 12.16 tengah hari waktu Arab Saudi, ” kata pakar falak syarie ternama, Hanafiah Abd. Razak ketika dihubungi Malaysia hari ini.
Fenomena Istiwa' A'dzam, Orang Ramai Manfaat Peluang Semak Arah Kiblat
Beliau menambah, peristiwa bersejarah itu kelazimannya berlaku dua kali setahun dan jika terlepas, ada peluang seterusnya iaitu pada pukul 5.28 petang 16 Julai ini.
Semakan arah kiblat itu ujarnya, boleh dilaksanakan dengan menegakkan objek yang lurus di kawasan lapang yang ada menerima cahaya matahari dan kemudian perhatikan pula bayangnya.
![]()
Garisan daripada bayang matahari tersebut jelas beliau, akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditandakan sebagai rujukan khususnya untuk tujuan ibadah solat.
Panduan Azimuth Penentu Arah Kiblat
“Bagaimanapun, fenomena ini hanya bersesuaian diguna pakai untuk mana-mana kawasan dunia yang kebetulan berada dalam bahagian waktu siang antaranya Malaysia, ” jelas Hanafiah.
Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah paling berkesan untuk penentuan arah kiblat dan sering digunakan umat Islam sejak lebih 1, 400 tahun lalu sebelum kompas dicipta.
Kini, pelbagai aplikasi moden dalam talian digunakan bagi merujuk arah Kaabah namun beliau mengingatkan kaedah itu mungkin ada juga khilaf akibat kesan pengaruh paksi magnet bumi.

Umat Islam M'sia Manfaat Peluang Semak Arah Kiblat Susuli Fenomena Istiwa' A'dzam
Keadaan tersebut tegas beliau, boleh mengakibatkan kedudukan kiblat tersasar kerana beza walaupun kecil hanya 1 darjah itu sebenarnya bersamaan dengan jarak sejauh 122 kilometer.
Tahun lalu yang kebetulan merupakan tahun lompat dan berulang setiap empat tahun, fenomena semula jadi ini berlaku pada 27 Mei pukul 5.16 petang dan 15 Julai pukul 5.28 petang. – ONLINE
This website uses cookies to improve your experience while you navigate through the website. Out of these cookies, the cookies that are categorized as necessary are stored on your browser as they are essential for the working of basic functionalities of the website. We also use third-party cookies that help us analyze and understand how you use this website. These cookies will be stored in your browser only with your consent. You also have the option to opt-out of these cookies. But opting out of some of these cookies may have an effect on your browsing experience.
Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Hari Ini
Necessary cookies are absolutely essential for the website to function properly. This category only includes cookies that ensures basic functionalities and security features of the website. These cookies do not store any personal information.

Any cookies that may not be particularly necessary for the website to function and is used specifically to collect user personal data via analytics, ads, other embedded contents are termed as non-necessary cookies. It is mandatory to procure user consent prior to running these cookies on your website.
Komentar