Islam adalah agama yang menyuruh agar memudahkan urusan umatnya termasuklah menuntut umatnya tidak menyusahkan dalam urusan kiblat ini. Ini adalah kerana nas al-Quran menyebut agar seseorang menghadap ke arah masjidil haram dengan menggunakan perkataan شطر (arah atau separuh) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 149:
Terjemahannya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Dalam Solat title=Mencari Arah Kiblat Untuk Solat Dengan Mudah Hanya Guna Aplikasi Waktu Solat Malaysia style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSab8oqAZ7_trHr9o4ZS_7PHKEXPz2iSRnjPFiuXiFx6y-ZsRh-MY-PXI--Y1xPczcPUpw&usqp=CAU'; />
Allah mengetahui bahawa mustahil orang yang berada jauh untuk menghadap ke masjidil haram. Maka yang diperintahkan adalah menghadap ke arah masjidil haram.
Cara Menentukan Arah Kiblat Sholat Di Rumah, Secara Manual Dan Online
Oleh itu, bagi muslim yang berada dalam masjidil haram hendaklah dia menghadap ke arah kaabah yang dilihatnya. Sementara mereka berada di luar masjidil haram hendaklah menghadap ke arah masjidil haram. Adapun mereka yang berada di luar dari Mekah hendaklah dia menghadap ke arah tanah haram.
Asalnya hendaklah seseorang berusaha mencari arah kiblat yang tepat iaitu 291 darjah ke 293 darjah dari utara bagi negara Malaysia. Walau bagaimanapun bagi seseorang yang ingin solat memadailah dengan panduan arah kiblat yang sedia ada di tempat tersebut atau yang diketahui olehnya berdasarkan kemudahan sekadar yang dia mampu. Selagi mana seseorang menghadap ke arah Masjidil Haram, maka solatnya sah. Tidak disyaratkan kesahihan solatnya itu dengan dia menghadap tepat ke Masjidil Haram. Hal ini kerana penentuan arah kiblat sejak zaman dahulu adalah berdasarkan sangkaan yang kuat (غلبة الظن) dengan petunjuk-petunjuk yang ada.
Sesiapa yang telah solat dengan arah yang dipercayainya sebagai arah kiblat, kemudian setelah selesai solatnya dia mendapati arah tersebut salah, maka tidak wajib baginya untuk mengulangi solatnya.
Sudah 2 Tahun Berubah...'
Adapun bagi masjid-masjid pada zaman ini yang diwujudkan setelah adanya peralatan teknologi moden hendaklah berusaha mencari arah yang tepat dengan menggunakan kemudahan yang diiktiraf. Begitu juga masjid-masjid yang di bina dan didapati arah kiblatnya kurang tepat berdasarkan alatan moden masa kini, ia boleh kekal dengan binaan / keadaan asalnya selagi tidak melebihi 45 darjah dari arah yang tepat ke kiri atau ke kanan.
Apa yang dimaksudkan arah menghadap itu hendaklah tidak melebihi 45 darjah dari arah kiblat mengambil kira sudut setiap arah iaitu utara, selatan, timur dan barat yang mempunyai 90 darjah bagi setiap sudut. 45 darjah itu juga berdasarkan arah yang Nabi SAW sebutkan iaitu timur dan barat. Apabila melebihi 45 darjah dari arah yang tepat akan mengakibatkan seseorang akan terkeluar dari arah tersebut kerana arah keseluruhannya 90 darjah. Maka arah yang paling tengah dalam 90 darjah adalah 45 darjah ke kanan dan 45 darjah ke kiri.
Terjemahannya : Jika kamu datang ke tandas, maka janganlah kamu menghadap kiblat dan membelakanginya. Akan tetapi, hadaplah ke arah timur atau barat. (HR al-Imam al-Bukhari dan al-Imam Muslim)Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.
E Laporan: Penentuan Arah Kiblat
Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.
Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.
Cara Menentukan Arah Kiblat (panduan Lengkap & Mudah)
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.
Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.
Kelab Kesenian Islam Ukm Kl: Kiblat, Terpesong 1 Darjah, 125km Tersasar Dari Kaabah
Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.
![]()
“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.
“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.
Peristiwa Matahari Tegak Di Atas Kaabah? Ini Cara Tentukan Arah Kiblat Rumah Korang
“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.
Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.
“Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.
Betulkan Arah Kiblat Guna Kaedah Matahari
“Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya, ” katanya.
“Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.

“Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap hari terutama di kalangan mereka yang tidak mahir dalam ilmu falak. Cuma pakar falak yang dapat berbuat demikian kerana ia membabitkan kaedah separa hitungan, ” katanya.
Komputer Dan Anda: Jadikan Kompas Pada Smartphone Petunjuk Arah Kiblat Anda
Beliau berkata, masalah yang timbul sekarang ialah umat Islam tidak menguasai ilmu falak sepenuhnya dan pada masa sama masih tidak terlatih menggunakan teknologi moden.
“Justeru, ILIM berperanan melatih pegawai Islam untuk menggunakan alat ukur ini dengan mahir dan menjemput pakar dari universiti tempatan bagi tujuan itu, ” katanya.
Penentuan arah kiblat boleh dicari dari pelbagai sudut dalam kehidupan serba canggih ini dan ia bergantung kepada ‘mahu atau tidak’ berusaha mencari ketepatan yang menjadi syarat sah solat, seterusnya membentuk peribadi menjadi Muslim sejati.
Umat Islam Boleh Semak Arah Kiblat Hari Ini
SELANGOR mendahului negeri lain dalam memastikan setiap bangunan mengandungi surau atau ruang solat yang bakal didirikan mempunyai arah kiblat betul menerusi jalinan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kontraktor.
Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Falak Jabatan Mufti Negeri Selangor, Rizal Ramli, berkata pihaknya mengambil tindakan pencegahan dengan mencadangkan kepada PBT di seluruh negeri supaya meletakkan syarat tambahan kepada sebarang pelan pembangunan dirujuk terlebih dulu kepada jabatan mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat sebelum kerja pembinaan dijalankan.
“Langkah ini bertujuan mencegah kesilapan dalam menentukan arah kiblat. Dalam hal ini, PBT akan merujuk kepada Jabatan Mufti untuk mendapatkan arah kiblat yang tepat. Kita tidak mewajibkan pembinaan bangunan menghadap kiblat, memadai surau atau ruang solat mempunyai arah kiblat yang betul.

Lisanul Hakim ::: Berkatalah Benar Walau Ianya Pahit: Penentuan Arah Kiblat
“Ia meliputi bangunan perumahan, pejabat, kilang, kompleks beli belah, stesen minyak, hotel, hospital dan pelbagai lagi. Namun bangunan masjid dan surau keseluruhannya perlu menghadap kiblat, ” katanya.
Beliau menegaskan langkah itu mendapat sambutan baik dan kontraktor sendiri yang memahami keperluan itu, malah ada kontraktor yang mengunjungi pejabat mufti dengan membawa pelan bangunan untuk dirujuk bagi mendapatkan arah kiblat yang tepat.
Rizal berkata, Selangor juga mengambil inisiatif membuat ketetapan supaya semua tanah perkuburan di seluruh negeri mempunyai replika tanda arah kiblat bagi memudahkan urusan penggalian kubur.
Tak Perlu Qada Solat Di Masjid, Surau Atau Rumah Sebelum Arah Kiblat Diperbetul
“Bagi memudahkan orang ramai, jabatan mufti melancarkan permohonan menentukan arah kiblat secara online yang boleh didapati di laman web http://www.muftiselangor.gov.my. Maklum balas yang diterima amat menggalakkan dan sehingga September lalu, 45 permohonan diterima.
“Khidmat diberikan secara percuma dan ia dilakukan dalam tempoh tidak lebih 12 hari dari tarikh permohonan diterima. Ia bertujuan memberikan kemudahan kepada orang ramai, ” katanya sambil setakat ini tiada aduan diterima mengenai arah kiblat salah di Selangor.
Beliau berkata, pihaknya selalu menerima permohonan daripada ahli jawatankuasa masjid dan surau yang meminta mereka menyemak semula arah kiblat dan selepas mendapatkan arah yang tepat, jemaah akan mengikut arah baru dengan sekadar mengubah permaidani atau sejadah.
Semak Arah Kiblat Di Hujung Jari
This entry was posted on Mei 25, 2015 pada 11:35 am and is filed under Klinik Agama. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, atau trackback from your own site.) ialah arah yang menghala ke Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, yang digunakan oleh orang Islam dalam pelbagai konteks agama, terutamanya arah sembahyang untuk solat. Dalam Islam, Kaabah dipercayai tempat suci yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., dan penggunaannya sebagai kiblat diperintahkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun kedua Hijrah. Sebelum wahyu ini diturunkan, Nabi Muhammad dan pengikutnya di Madinah menghadap Baitulmuqaddis untuk sembahyang. Kebanyakan masjid mengandungi sebuah mihrab (ceruk dinding) yang menunjukkan arah kiblat.

Kblat juga arah masuk ihram (keadaan jemaah berniat untuk haji atau umrah); arah haiwan dipalingkan semasa dhabihah (korban); arah yang disyorkan untuk membaca doa; arah yang dielakkan apabila membuang air atau meludah; dan
Komentar