My last post Bukit Broga, Malaysiaada aku cerita nak buat review pasal cara menentukan kiblat. Mengikut pengalaman aku , agak susah untuk menentukan arah kiblat apabila berada di negara yang bukan islam. This is because, hotel kat sana tak ada nyer nak letak tanda arah kiblat.
Sebelum aku cerita step by step menentukan arah kiblat. Aku ingin berkongsi pengalaman aku menentukan arah kiblat di beberapa buah negara (non-muslim country) yang aku telah lawati. Korang boleh skip ke bawah if malas baca .
Tinggal di New York Hotel, Phnom Penh, Cambodia merupakan pengalaman pertama aku di non-muslim country. Pada mula nya arah kiblat kami main agak berdasarkan arah terbenam matahari. MAIN AGAK . Jangan ikut sikap main agak kami, 3 kali kami ubah arah kiblat. GELAKLAH . Nasib baik Allah tunjukkan jalan kebenaran.Kami bernasib baik kerana, New York Hotel mempunyai kedai makan D'wau Restoran iaitu Halal Restoran dari Malaysia. D'Wau menyediakan surau untuk pekerja dan pelanggan , mujur kami nampak arah kiblat sewaktu makan di situ. Bila tiba di bilik terus kami ingat balik laluan yang kami ambil untuk ke D'Wau dan arah kiblat dari restoran D'Wau. Kalau tak selama 4 hari kami salah kiblat. hhuhu .
Kompas Arah Kiblat (manual)
Memandangkan sepanjang percutian aku di Australia tinggal di rumah pakcu. Jadi tak ada sangat masalah menentukan arah kiblat di sana. Cuma sewaktu kami di The Copse, Augusta iaitu homestay di Augusta, confirm tak ada arah kiblat dan kami sampai waktu malam, tak sempat nak tengok arah matahari terbenam .Jadi sampai-sampai sahaja disana, aku terus tentukan arah kiblat menggunakan kompas(dah macam bercamping aje ) iaitu arah kiblat 292 darjah(West).Kami turut menggunakan apps kiblat untuk memastikan arah kiblat yang aku dapat tu sama. Alhamdulillah result dia sama .
Cuma aku confuse sedikit, bila sekarang aku google arah kiblat aku dapati tak semua tempat di Timur boleh gunakan kompas arah 292darjah .Then, katakanlah apps yang korang download tu tak betul or handphone korang habis bateri mcm mana nak buat? Hurm .. Jom tengok apa yang aku dapat.
Teknologi sekarang dah maju , sebelum korang gerak pergi berjalan. For sure, kita akan buat review tempat tersebut. Jadi alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Buat sekali review arah kiblat dari tempat (hotel) yang bakal kita stay.
Tak Perlu Ragu Arah Kiblat Masjid , Surau Di Selangor
Hanya boleh menggunakan kaedah matahari terbenam pada 28 Mei jam 5.16 petang dan 16Julai jam 5.28 petang setiap tahun. Tarikh hanya sesuai untuk di Malaysia sahaja.
Semakan perlu dibuat tepat mengikut waktu yang ditetapkan Sirim seperti waktu televisyen dan radio. Oleh kerana fenomena itu berlaku pada waktu petang di Malaysia, bayang tiang akan jatuh ke arah timur. Dengan itu, arah kiblat ialah yang menghadap barat.
Tempoh masa untuk menyemak adalah dua minit sebelum dan dua minit selepas dari masa yang ditetapkan. Sebagai contoh pada 28 Mei jam 5.16 petang, umat Islam boleh mulai menyemak pada jam 5.14 petang sehingga 5.18 petang. Manakala pada 16 Julai jam 5.28 petang, umat Islam boleh mulai menyemak pada jam 5.26 petang sehingga 5.30 petang. Kalau anda mushkil lagi boleh hubungi :
Komentar