Komunikasi yang efektif antara ibu bapa dan remaja memainkan peranan yang penting dalam memperkukuh hubungan keluarga. Dalam artikel ini, kami akan berkongsi enam tips komunikasi berkesan yang dapat membantu anda sebagai ibu bapa untuk mengatasi jurang komunikasi antara anda dan anak remaja. Jom cakna!
Dalam memperkukuh jurang komunikasi dengan anak remaja anda, adalah penting untuk anda menjadi pendengar yang baik buat mereka tatkala mereka ingin berbicara. Elakkan daripada mengarahkan mereka untuk mendengar butir bicara anda sepanjang masa. Dengarlah anak remaja anda dengan sepenuh hati supaya mereka berasa lebih dihargai. Hal ini pastinya berupaya membuka pintu komunikasi yang lebih baik antara kalian.
Perbualan Antara Ibu Dan Anak Komunikasi Yang Mengukuhkan Hubungan Keluarga title=Kepentingan Pertuturan Dalam Perkembangan Kanak Kanak style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQdPS6JF-5qZUR_vny8MUBKWBjjnCkOkv40VSFU9s2uutWNE4nj7na7HjldymtNBr3gtgQ&usqp=CAU'; />
Sebagaimana yang kita maklumi, zaman remaja adalah zaman yang penuh emosi dan semangat. Oleh itu, pemilihan kata dan bahasa memberikan impak yang besar dalam komunikasi dengan remaja. Elakkan menggunakan bahasa yang mengancam, merendahkan atau membanding-bandingkan. Sebaiknya, gunakan bahasa yang jelas, tetapi santai dan bersifat menghormati pendapat mereka.
Tip Tips Berkomunikasi Dengan Penjaga Atau Pengasuh
Remaja seringkali menghadapi tekanan dan emosi yang kompleks. Biarkan mereka berasa selesa untuk berkongsi perasaan mereka tanpa takut dihakimi atau dikritik. Jadilah pendengar yang terbuka untuk membina ikatan emosi yang kuat.
Yang terbaik dalam merapatkan jurang komunikasi dengan remaja. Tidak salah sekiranya sebagai ibu bapa anda mempelajari platform dan aplikasi yang digunakan oleh remaja seperti media sosial. Gunakan teknologi ini sebagai alat untuk berinteraksi dan menunjukkan minat kepada kehidupan mereka. Namun demikian, adalah penting untuk anda mengawasi anak remaja anda di samping menetapkan batasan dalam bersosial.
Kesibukan dalam kehidupan harian pastinya menimbulkan jurang komunikasi antara ibu ayah dan remaja. Oleh itu, tetapkan waktu khusus seperti selepas makan malam atau sewaktu aktiviti riadah keluarga untuk berinteraksi bersama anak remaja anda. Ingat, hindari gangguan teknologi dan luangkan masa buat anak remaja sepenuhnya agar mereka berasa lebih dihargai dan disayangi.
Komunikasi Bapa, Didik Anak Perlu Berlandaskan Al Quran
Sebagai ibu bapa, anda merupakan idola buat anak remaja anda. Jagalah tingkah laku apabila bersama mereka kerana lumrahnya anak akan mengikut jejak langkah idola mereka. Tunjukkanlah nilai-nilai yang baik seperti komunikasi secara terbuka, bijak mengawal emosi dan membudayakan empati dalam kehidupan seharian. Langkah ini pastinya menginspirasikan anak-anak untuk menjadi seperti anda!
Dengan penerapan 6 tips komunikasi ini, bukan sahaja jurang komunikasi antara anda dan remaja semakin erat, malah anak remaja anda pasti merasakan suara remaja mereka lebih dihargai dan didengari. Tunggu apa, lagi? Mulakan hari ni! Bangkitkan keharmonian antara anda dan anak remaja dalam membina institusi kekeluargaan yang lebih harmoni.‘Rahsia’ hubungan positif antara ibu bapa dan anak berpaksikan komunikasi. Cara anda berkomunikasi boleh menentukan kualiti hubungan anda dengan anak. Jika dilakukan dengan betul, ia boleh membawa kepada hubungan yang positif dan memuaskan. Bagaimanapun, komunikasi yang kurang baik boleh menjejaskan hubungan anda dengannya kerana ia boleh membuatkan dirinya berasa kecil, tidak penting dan tidak berkemampuan, menyebabkan rasa serba kekurangan dan menjejaskan prestasi masa depan.
Satu konsep penting yang harus anda ingat adalah untuk “bercakap dengan” anak anda, bukan “bercakap padanya”. Apabila anda bercakap dengannya, dia akan menjadi penyumbang yang aktif dalam perbualan itu, berbeza apabila anda bercakap padanya, di mana dia akan menyumbang sangat sedikit kepada perbualan itu. Seperti orang dewasa, kanak-kanak harus diperakui dan diperkasa. Apabila dia dapat menyumbang kepada sesuatu perbualan, dia akan rasa berguna dan diperkasa kerana dibenarkan untuk membuat pilihan.
A Women Led Approach To Building Resilience For Communities In Uganda • Knowledge Success
Kanak-kanak 7-12 tahun mula berkembang dari segi kebolehan pemikiran logik dan mula menunjukkan corak pemikiran seperti dewasa, termasuklah kebolehan kefahaman lebih mendalam dan dari pelbagai sudut berbeza.
Ini jugalah masanya bagi anak-anak membina hubungan penting dengan rakan sebaya. Walaupun anda masih berperanan penting, pengaruh dan kuasa anda sebagai ibu bapa mula berkurangan pada peringkat ini. Malah, keyakinan dan harga diri anak anda lebih mudah terpengaruh oleh apa yang dia sangka sebagai perspektif orang lain terhadapnya. Inilah masanya untuk menggalakkannya agar lebih sedar akan kebolehan dan tanggungjawab diri, dengan cara memperakuinya apabila dia menunjukkan tanda-tanda berjaya dan bertanggungjawab.
“Tiga perkara yang tidak dapat dikembalikan: panah yang sudah ditembak, peluang yang hilang dan kata-kata yang diucapkan.” – William George Plunkett Bapa borek, anak rintik
Kerinduan Ibu Terubat
Keperluan untuk adanya suri teladan ibu bapa perlu ditegaskan. Adalah lazim bagi manusia untuk menghormati dan mengagumi seseorang – suri teladan ialah seseorang yang kita mahu jadi, maka kita cuba mencontohinya sebanyak mungkin. Ini lebih ketara bagi kanak-kanak, dan ibu bapa ialah suri teladan pertama mereka. Kerana andalah ibu bapa dan orang dewasa, anda secara automatik menjadi model untuk perlakuan yang sewajarnya. Contohnya, jika anda mahukan kejujuran, maka jadilah orang yang jujur; jika anda mahukan kemaafan, maka anda juga harus minta maaf.
Jika anda mahu anak anda berkelakuan tertentu, anda harus menunjukkan cara ia dilakukan, iaitu melalui perbuatan anda. Jika anda mahu anak anda berkomunikasi dengan anda menerusi cara tertentu, maka cara anda bercakap dan berinteraksi dengannya dan orang lain akan menjadi contoh kepadanya. Lagipun, kanak-kanak belajar dengan mencontohi orang dewasa. Jadi, pastikan anda bercakap dengan anak anda, dan orang lain, dengan rasa hormat. Dengan ini, anda memberikan mesej yang lebih berkesan tentang komunikasi positif. Sentiasa konsisten dengan cara anda, bersama orang dewasa di sekeliling anda (contohnya pasangan, ibu bapa, adik-beradik, dan rakan-rakan) yang turut berperanan dalam memupuk tumbesaran anak-anak anda.Membesarkan anak bukanlah mudah, terutamanya jika kita tidak mengetahui teknik yang betul. Tahukah anda, berkomunikasi dengan anak pada umur tertentu boleh mempengaruhi perkembangan otaknya?
Perkembangan si manja perlu dipupuk sejak bayi lagi, walaupun dia kelihatan seperti tidak mengerti apa-apa. Ibu bapa pastinya mahukan yang terbaik buat anak, walaupun pada dasarnya kita hanya mahukan si kecil gembira dan pastinya berjaya pada suatu hari nanti.
Lessons For Integrated Social And Behavior Change Programming
Kajian dari Harvard dan MIT baru-baru ini mendapati salah satu perkara ibu bapa boleh lakukan bagi meningkatkan kebolehan si kecil adalah berkomunikasi dengan anak.

Penemuan ini menunjukkan kepentingan berkomunikasi pada usia awal, biasanya antara umur 4 hingga 6 bulan, yang akan membantu membangunkan dan memupuk kemahiran dalam hidup kanak-kanak tersebut kelak.
Kajian tersebut juga mendapati kanak-kanak yang bijak berbicara mempunyai kelebihan dalam berunding. Berikut merupakan beberapa kelebihan lain komunikasi secara berbual dengan anak kecil:
Komunikasi Dalam Keluarga
Ibu bapa sering bercakap dengan anak, “Tolong ambilkan payung!”, “Bagusnya anak mama!” atau “Jangan buat macam itu ya.” namun sebenarnya lebih baik sekiranya anda mengadakan perbualan atau komunikasi dua hala dengan si kecil itu.
Untuk kajian ini, penyelidik menilai 36 kanak-kanak menggunakan pencitraan resonans magnetik berfungsi (fMRI) untuk mengenal pasti perbezaan bagaimana otak bertindak balas kepada gaya perbualan yang berlainan.
Mereka mendapati kawasan Broca, kawasan otak yang memberi tumpuan kepada pengeluaran ucapan dan pemprosesan bahasa, adalah lebih aktif pada kanak-kanak yang terlibat dalam perbualan yang lebih banyak.
Berbual Secara Positif Dengan Anak Anda
Ini kerana komunikasi dengan anak yang bersifat perbualan dapat mempengaruhi perkembangan biologi otak si manja. Ibu bapa tidak perlu berbual perkara yang terlalu serius, tetapi cukup sekadar bertanya dan mendapatkan
“Kaedah berkomunikasi seperti ini berlaku lebih kerap dalam keluarga dari status sosioekonomi yang lebih tinggi, tetapi kanak-kanak yang berasal dari keluarga dengan pendapatan yang lebih rendah atau kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa dengan taraf pendidikan rendah juga menunjukkan manfaat yang sama dari teknik yang sama.”

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di lamantheAsianparent Malaysia
Mh370: Grace Tidak Pernah Lupa Perbualan Terakhir Dengan Ibu
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!Komunikasi yang berkesan terjadi apabila satu pihak bercakap dan satu pihak lagi mendengar. Komunikasi 2 hala memerlukan teknik dan trik terutama ketika kita ingin berkomunikasi dengan anak-anak.
Terdapat 4 teknik yang boleh saya kongsikan di sini untuk meningkatkan tahap komunikasi yang berkesan. Ianya tidak perlu sampai anak faham apa yang kita cakapkan, sekurang-kurangnya mereka mahu mendengar itu sudah cukup baik pada permulaannya.
Apabila kita mahu anak mendengar atau ambil perhatian apa yang sedang kita cakapkan kepada mereka, rendahkanlah badan kita agar boleh sama paras mata dengan mata anak.
Kekeluargaan Free Online Exercise
Kita boleh juga mengangkat anak sambil letak dipangku untuk mulakan komunikasi bersama anak. Seterusnya pandang bola mata mereka dan cakaplah secara tenang, perlahan tetapi jelas tentang apa yang kita ingin katakan.
Untuk umur anak 2, 3 dan 4 tahun gunakan kosa kata atau vocabulary yang mudah untuk mereka sebut dan ikut. Kerana, ketika itu juga mereka sedang belajar untuk meniru percakapan kita.
Kadangkala bila kita gunakan terlalu banyak perkataan yang lebih kurang bunyinya sama terutama dalam Bahasa Inggeris seperti ‘three’ atau ‘tree’ juga boleh membuatkan komunikasi 2 hala dengan anak terganggu.

Cara Komunikasi Dengan Anak Yang Betul Bagi Mengeratkan Hubungan
Mudah kadangkala kita label mereka tidak mendengar kata atau lakukan apa yang kita suruh yang sedangkan mereka tidak faham sebetulnya apa yang ingin kita sampaikan.
Cara terbaik ialah, lihat reaksi muka mereka jika berkerut dahi mereka atau terbeliak mata mereka, tanyakan semula apa yang kita cakapkan tadi.
Jika ianya berlainan dengan apa yang kita cakapkan tadi, betulkan mereka dengan perlahankan kelajuan percakapan kita hingga mereka benar-benar faham mesej yang ingin disampaikan.
Ibu Bapa Usah Bagi 'diskaun'
Bayangkan kita mempunyai masa yang sedikit untuk melakukan perbualan bersama mereka, jadi kita perlu cakap apa yang kita perlu cakap sahaja. Sekiranya kita bercakap kepada anak dengan terlalu terperinci, sudah pasti berlaku banyak kekeliruan dan mereka akan bertanya soalan yang tidak kena mengena dengan apa yang kita sampaikan. Jadinya, buang masa dan kita akan menjadi sedikit putus asa untuk ulangnya lagi.
Ianya terbukti apabila kita menjerit kepada anak, mereka tidak akan mendengar apa yang kita cakapkan. Walaupun mereka duduk dan melihat mata kita, mereka hanya menadah telinga untuk mendengar dengan penuh rasa sedih dalam diri kerana dimarahi.
Apabila kita merasakan marah dan ingin menjerit, ubah kedudukan kita ketika
Komentar