We invite you to preview our new dashboard and have a try. Some features will become unavailable, but they will be added in the future.
Sk Ladang Tomanggong, WDT 22, 60200 Kinabatangan, Sabah. 1. CARTA ORGANISASI UNIT KURIKULUM 2. KETETAPAN KURIKULUM 3. TAKWIM/ CARTA GANTT 4. AHLI JAWATANKUASA & BIDANG TUGAS 5. PENGURUSAN MESYUARAT 6. PEMANTAUAN & PENCERAPAN 7. AKTIVITI DAN PROGRAM 8. JADUAL SEMAKAN BUKU LATIHAN
Penyusunan Materi Pengajaran title=PENGURUSAN KURIKULUM 2022 style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTjc8zAPL2DvwLnLfCEOaNo3TOjnzjw9AJv5gbjee8wIzqMmOmtj6WnEPHkK3v5QLJ7668&usqp=CAU'; />
OBJEKTIF KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH v Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah. v Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah. v Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) 1. PERNYATAAN KETETAPAN KURIKULUM 1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. 1.2 Ketetapan Kurikulum Sekolah (KKS) yang diwartakan mestilah selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. 1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia. 1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum semasa.
Fail Pengurusan Sekolah New
2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH 2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang- kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah. 2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan. 2.3 Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam kalangan guru. 2.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan. 2.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya di dalam mesyuarat panitia dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa. 2.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap pelaksanaan kurikulum di dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata pelajaran beserta Ketua-Ketua panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya .
3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN 3.1 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 / 1986 3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan Kualiti (SPSK) 3.3 Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam ,motivasi dan bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru di dalam kelas. Oleh itu semua panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk memperbaiki kecekapan dan kekesanan pengajaran. 3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia 3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar terhadap pembelajaran 3.6 Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah. Semua mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum. Satu salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Penolong Kanan Pentadbiran melalui Setiausaha Kurikulum 3.7 Ketua Panitia dan Setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan diselia oleh Penolong Kanan Pentadbiran
4. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM PENTAKSIRAN (DSKP), RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN (RPT) DAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN (RPH) 4.1 DSKP , RPT dan RPH adalah dokumen rasmi kurikulum dan mestilah sentiasa dirujuk apabila merancang proses pengajaran dan pembelajaran. 4.2 Rancangan Pelajaran Tahunan(RPT) hendaklah disediakan oleh setiap panitia pada setiap akhir tahun untuk kegunaan pada tahun berikutnya. RPT yang disediakan hendaklah mengikut aras kemampuan pelajar dan perlu mengikut takwim semasa sekolah. 4.3 Guru mestilah dapat menghayati , mengenal pasti dan boleh menterjemahkan objektif mata pelajaran yang tercatat di dalam HSP kepada objektif pentaksiran dan juga proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , dengan itu mahir tentang konstruk-konstruk peperiksaan awam bagi mata pelajaran yang diajar. 4.4 Salinan ketiga-tiga dokumen ini yang telah disahkan oleh pengetua mestilah dilampirkan bersama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas supaya senang dirujuk. 4.5 Penulisan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) di dalam Buku Rekod Mengajar hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan. Setiap panitia perlu menetapkan format RPH masing-masing berdasarkan taklimat / kursus yang telah di hadiri di peringkat PPD/JPN/KPM dan menyerahkan satu Salinan format kepada Guru Besar dan simpanan dalam fail panitia untuk rujukan 4.6 Semua guru mestilah menyediakan Rancangan Pengajaran berdasarkan RPH di dalam Buku Rekod Mengajar sebelum masuk kelas . Oleh itu Buku Rekod Mengajar mestilah lengkap dan dibawa masuk kelas setiap kali ada kelas . 4.7 Buku rekod mengajar perlu dihantar untuk disemak oleh pentadbir pada setiap hari Jumaat minggu persekolahan kecuali tidak hadir atau mesyuarat atau berkurusus pada hari tersebut dihantar untuk disemak pada hari Isnin

Senarai Muka Depan Fail Hem
5 . PROSES PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (PdPc) 5.1 PdPc Abad ke 21 yang berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk mengoptimumkan kecemerlangan murid. 5.2 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK ). 5.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan di dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah . 5.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Vlefrog digalakkan dan akan diperluaskan. 5.5 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti yang terdapat dalam MBMMBI . 5.6 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan dan membosankan pelajar untuk belajar sebelum beredar ke topik selanjutnya. 5.7 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik ,kemahiran berfikir kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Tinggi ( KBAT ) semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 5.8 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Hal ini adalah kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti . 5.9 Menggalakkan penggunaan kaedah peta pemikiran ‘i-Think’untuk mencungkil bakat dan kemahiran berfikir di kalangan murid.
5.10 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata pelajaran , murid dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan murid di dalam kelas . 5.11 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan content skill language skill, ICT skill & pedagogi skill’ . Oleh itu setiap orang guru mestilah berusaha meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran di atas secara berterusan. 5.12 Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Pentadbir mestilah sentiasa memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap orang murid seperti yang telah ditetapkan oleh sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ dan kaedah GROW mestilah menjadi amalan dan kelaziman bagi setiap orang guru. 5.13 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya cintakan ilmu . 5.14 Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan mencapah ataupun HOTS – Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT.
6 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN 6.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas di dalam topik-topik hendaklah ditegaskan kepada murid. 6.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991. 6.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran sains selaras dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data, maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila pelajar menjalankan kajian atau eksperimen . Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambarajah , graf dan sebagainya . Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi dalam bentuk penulisan . 6.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan P&P dalam bilik darjah. Guru mata pelajaran mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru mata pelajaran mengikut jadual yang telah ditetapkan . 6.5 Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang mestilah dihargai dengan apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia.
Panduan Penyusunan Fail Panitia Mata Pelajaran
7. LATIHAN MINIMUM 7.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar .Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran. 7.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan diterima dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran. 7.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan . 7.4 Semakan hasil kerja murid adalah berdasarkan ketetapan berikut 7.4.1 Guru-guru menghantar buku latihan kepada pentadbir yang ditetapkan untuk disemak 7.4.2 Ketua Panitia menyemak buku latihan subjek masing-masing sebelum dihantar kepada pentadbir 7.5 Proses semakan adalah sekurang-kurangnya 3 kali setahun iaitu April, Ogos dan
7. LATIHAN MINIMUM 7.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses pengkayaan dalam topik-topik yang diajar .Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran. 7.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan diterima dalam Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran. 7.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan . 7.4 Semakan hasil kerja murid adalah berdasarkan ketetapan berikut 7.4.1 Guru-guru menghantar buku latihan kepada pentadbir yang ditetapkan untuk disemak 7.4.2 Ketua Panitia menyemak buku latihan subjek masing-masing sebelum dihantar kepada pentadbir 7.5 Proses semakan adalah sekurang-kurangnya 3 kali setahun iaitu April, Ogos dan
Komentar