Arah kiblat ialah arah dari lokasi tempatan ke Kaabah mengikut jarak terpendek dari kedua-dua lokasi ini. Mengetahui arah kiblat sangat penting kerana ia merupakan salah satu syarat sah solat. Sejarah arah kiblat ini bermula selepas kedatangan Islam. Pada mulanya, kiblat umat Islam adalah ke Bait Al-Maqdis di Palestin. Kemudian pada tahun ke-2 hijrah, dengan arahan Allah SWT, kiblat berubah kepada Masjid Al-Haram di Makkah. Pada era awal Islam ini, pencarian arah kiblat tidak begitu menjadi masalah kerana lokasi yang berhampiran dengan Makkah. Namun, apabila Islam berkembang ke seluruh dunia termasuklah ke Malaysia, penentuan arah kiblat menjadi permasalahan dalam ilmu astronomi atau ilmu falak. Dalam artikel ini, kita akan lihat berkenaan 5 kaedah penentuan arah kiblat yang digunakan hari ini.
Kita mungkin biasa dengan kaedah matahari terbenam ini di Malaysia. Kadang-kadang, kita dengar bahawa arah kiblat ialah arah barat. Oleh sebab Matahari terbenam di Barat, maka arah kiblat adalah pada arah Matahari terbenam. Arah kiblat adalah arah Matahari terbenam ini ada asasnya. Namun kita perlu tahu bahawa tempat terbenam Matahari sentiasa berubah. Perubahan tempat terbenam Matahari ini adalah disebabkan oleh kecondongan paksi Bumi dengan satah orbit, dan juga pusingan Bumi mengelilingi Matahari. Di Malaysia, arah kiblat adalah sekitar sudut azimut 291° hingga 293° dari arah utara. Jadi, kita perlu hitung sudut perbezaan antara Matahari terbenam dan azimut kiblat. Di bawah ini adalah jadual perbezaan sudut ini secara kasar.
Sudut Arah Kiblat Malaysia Teknik Menentukan Arah Kiblat Yang Betul title=Arah Kiblat style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcR9EwIEPOo2cRLPRhHRhtxAgpxFWb4HR2VP1S0MvQchoTIbHy_iyv1DmV6mPArcBjUE5so&usqp=CAU'; />
Setiap hari, Matahari akan melintasi langit pada siang hari. Kedudukan Matahari yang berubah-ubah ini akan menghasilkan panjang bayang yang berbeza pada sudut yang berbeza. Perubahan arah bayang ini boleh membantu memberi nilai arah kiblat yang sebenar. Langkah pertama ialah menentukan azimut Matahari pada waktu yang dikira. Maklumat azimut Matahari boleh diperoleh daripada berbagai aplikasi, antaranya ialah Daff Moon Phase dan SkySafari 6. Daripada maklumat azimut Matahari, hitung perbezaan sudut antara azimut Kaabah (291°-293°) dan azimut Matahari dengan menggunakan bayang-bayang yang dihasilkan oleh Matahari. Kemudian, dapatkan arah kiblat dengan mengikut perbezaan sudut ini, beserta kedudukan Matahari
Penentuan Arah Kiblat
Sebelum kita pergi kepada kaedah ini, kita kena kenal dahulu dengan istilah ‘istiwa’. Istiwa ini bukanlah yang berkaitan dengan ayat istiwa dalam Al-Quran, tetapi berkaitan dengan arah kedudukan di langit. Sesuatu objek itu dikatakan ‘istiwa’ apabila ia berada betul-betul di atas sesuatu objek lain. Tongkat istiwa pula ialah tongkat yang berdiri pada sudut tegak (90°) dengan tanah. Pergerakan bayang tongkat ini akan memberikan arah timur dan barat. Bagi mendapatkan arah ini, kita hanya perlu tandakan ketinggian bayang tongkat ini dalam selang masa beberapa jam. Apabila kita sambungkan kesemua tanda tadi, kita akan dapat arah timur (ke arah terbit matahari) dan arah barat (ke arah terbenam matahari) dengan sangat tepat (lebih tepat berbanding kompas). Apabila kita tahu arah barat, kita hanya perlu pusing sebanyak 21°-23° ke kanan dari arah barat untuk mendapatkan arah kiblat.
Pada hari ini, hampir semua orang mempunyai telefon pintar dalam poket masing-masing. Malah sebahagian daripada pembaca artikel ini juga sedang membaca menggunakan telefon pintar. Biasanya telefon pintar pada hari ini mempunyai banyak pengesan (
) di dalamnya termasuklah kompas. Bagi menentukan arah kiblat menggunakan aplikasi telefon, terdapat banyak aplikasi yang ada di playstore/appstore namun tidak semuanya memberikan bacaan yang tepat. Aplikasi yang menggunakan kompas telefon (biasanya anda diminta membuat bentuk 8 sebelum menggunakannya) akan terdedah kepada gangguan interferens daripada alat-alat elektrik dan elektronik di sekeliling terutamanya di dalam bangunan. Jadi, saya tidak mengesyorkan aplikasi seperti ini melainkan dalam keadaan terdesak. Namun, ada aplikasi yang menawarkan penentuan arah kiblat dengan lebih tepat seperti Easy Qibla 3in1 (Arah Kiblat). Aplikasi ini menggunakan Google Maps untuk menunjukkan garisan arah kiblat, dan juga arah Matahari dan Bulan. Anda hanya perlu mengetahui arah Matahari, atau Bulan, atau apa-apa struktur disekeliling yang kelihatan dalam gambar Google Maps, dan terus dapatkan arah kiblat.
Akuratkah Menentukan Arah Kiblat Menggunakan Kompas Easy 3 In 1 Pada Android? Simak Penjelasannya
Kaedah yang ini merupakan kaedah yang paling tepat dan boleh digunakan di mana-mana lokasi yang menerima cahaya matahari ketika fenomena ini berlaku. Istiwa a’dzam merujuk kepada kedudukan Matahari tepat di atas Kaabah yang berlaku 2 kali setiap tahun. Peristiwa Istiwa A’dzam berlaku pada 28 Mei sekitar jam 5:16 petang dan 16 Julai sekitar jam 5:28 petang waktu Malaysia. Pada waktu ini, anda hanya perlu melihat pada bayang-bayang objek yang tegak. Arah kiblat boleh diukur dengan arah bayang-bayang tersebut yang menuju ke Matahari.
Penentuan arah kiblat ini sangat penting bagi umat Islam bagi memastikan kesempurnaan solat kita. Ia juga telah membantu umat islam untuk maju dalam bidang ilmu falak. Maka, marilah kita berusaha memastikan solat kita sempurna, dan juga banyakkan bel ilmu-ilmu baharu pada hari ini.
Gunakan kaedah-kaedah ini di tempat-tempat perseorangan yang tidak pasti arah kiblatnya. Bagi rumah yang berdekatan dengan surau atau masjid, boleh rujuk pada arah kiblat surau atau masjid tersebut. Jangan ubah arah kiblat di surau atau masjid yang telahpun disahkan arah kiblatnya.
Tak Sah Solat Guna Aplikasi Kiblat Tersasar Jauh Dari Kaabah
Izzat merupakan pel tahun akhir sarjana muda fizik(kepujian) dengan minor astronomi di Universiti Sains Malaysia. Mempunyai minat yang mendalam tentang bidang fizik teori terutamanya berkenaan astrofizik dan kosmologi. Bercita-cita untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat PhD dalam bidang fizik teori. Beliau juga aktif dalam program astronomi bersama masyarakat di sekitar Pulau Pinang.Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.

Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.
Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.
Semakan Kiblat Online
Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.
Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.

Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)Islam adalah agama yang menyuruh agar memudahkan urusan umatnya termasuklah menuntut umatnya tidak menyusahkan dalam urusan kiblat ini. Ini adalah kerana nas al-Quran menyebut agar seseorang menghadap ke arah masjidil haram dengan menggunakan perkataan شطر (arah atau separuh) sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 149:
Peta Arah Kiblat
Terjemahannya: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haram; dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan.
Allah mengetahui bahawa mustahil orang yang berada jauh untuk menghadap ke masjidil haram. Maka yang diperintahkan adalah menghadap ke arah masjidil haram.
Oleh itu, bagi muslim yang berada dalam masjidil haram hendaklah dia menghadap ke arah kaabah yang dilihatnya. Sementara mereka berada di luar masjidil haram hendaklah menghadap ke arah masjidil haram. Adapun mereka yang berada di luar dari Mekah hendaklah dia menghadap ke arah tanah haram.

Cara Mudah Menentukan Arah Kiblat » Website Resmi Sma Negeri 2 Banjar
Asalnya hendaklah seseorang berusaha mencari arah kiblat yang tepat iaitu 291 darjah ke 293 darjah dari utara bagi negara Malaysia. Walau bagaimanapun bagi seseorang yang ingin solat memadailah dengan panduan arah kiblat yang sedia ada di tempat tersebut atau yang diketahui olehnya berdasarkan kemudahan sekadar yang dia mampu. Selagi mana seseorang menghadap ke arah Masjidil Haram, maka solatnya sah. Tidak disyaratkan kesahihan solatnya itu dengan dia menghadap tepat ke Masjidil Haram. Hal ini kerana penentuan arah kiblat sejak zaman dahulu adalah berdasarkan sangkaan yang kuat (غلبة الظن) dengan petunjuk-petunjuk yang ada.
Sesiapa yang telah solat dengan arah yang dipercayainya sebagai arah kiblat, kemudian setelah selesai solatnya dia mendapati arah tersebut salah, maka tidak wajib baginya untuk mengulangi solatnya.
Adapun bagi masjid-masjid pada zaman ini yang diwujudkan setelah adanya peralatan teknologi moden hendaklah berusaha mencari arah yang tepat dengan menggunakan kemudahan yang diiktiraf. Begitu juga masjid-masjid yang di bina dan didapati arah kiblatnya kurang tepat berdasarkan alatan moden masa kini, ia boleh kekal dengan binaan / keadaan asalnya selagi tidak melebihi 45 darjah dari arah yang tepat ke kiri atau ke kanan.
Fenomena Istiwa Adzam & Panduan Semakan Arah Kiblat
Apa yang dimaksudkan arah menghadap itu hendaklah tidak melebihi 45 darjah dari arah kiblat mengambil kira sudut setiap arah iaitu utara, selatan, timur dan barat yang mempunyai 90 darjah bagi setiap sudut. 45 darjah itu juga berdasarkan arah yang Nabi SAW sebutkan iaitu timur
Komentar