Darjah Arah Kiblat Malaysia: Orientasi Ketika Menunaikan Solat

Jawapan:Kiblat menurut bahasa adalah arah hadap dan kiblat yang dimaksudkan adalah Kaabah. Manakala menurut ilmu falak kiblat merujuk kepada arah menghadap ke Kaabah di atas glob bulatan bumi mengikut jarak yang terdekat. Para ulamak sepakat menyatakan bahawa menghadap ke kiblat merupakan salah satu daripada syarat sah solat melainkan dalam keadaan-keadaan tertentu yang dibenarkan seperti solat ketika dalam peperangan dan solat sunah dalam keadaan bermusafir. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 150 yang bermaksud :

Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid Al-Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya..

SemakanDarjah Arah Kiblat Malaysia Orientasi Ketika Menunaikan Solat title=Semakan Arah Kiblat Melalui Istiwa' Adzam Dan Kaedah Buruj style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRI4Cn_VWVJnqwSyPknh5X3Aj9vFAlyO9mc68D8fbyOD008bO7Nrtg4BfQgd-iHIxfCSmg&usqp=CAU'; />

Berijtihad arah Kiblat adalah perlu dilakukan bagi menentukan arah Kiblat masjid, surau dan tempat-tempat yang hendak didirikan solat. Mengikut keempat-empat Mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, menghadap Kiblat menjadi syarat sah solat. Bagi Mazhab Syafie terdapat tiga kaedah berhubung dengan syarat sah menghadap Kiblat iaitu:-

Buku Panduan Krs Dan Tkrs Hotel Summit

I. Bagi seseorang yang berada di dalam Masjidil Haram sama ada nampak Baitullah (Kaabah) atau tidak, wajib ia menghadap dan menghalakan dirinya ke Baitullah dengan penuh yakin. Kewajipan tersebut boleh dipastikan terlebih dahulu dengan melihat atau menyentuhnya bagi cacat penglihatan atau dengan cara lain yang boleh dipastikan, asalkan ada keyakinan. Menentukan Kiblat dengan cara ini dinamakan Kiblat Yakin.

Ii. Bagi seseorang yang jauh dari Baitullah (Kaabah) iaitu yang berada di luar Masjidil Haram dan di sekitar Tanah Suci Makkah hendaklah menghadap ke arah Masjidil Haram dengan tujuan ke arah Kaabah secara dzanni sahaja dan bergantung kepada ijtihadnya. Oleh yang demikian cara ini dinamakan Kiblat Dzanni. Kaedah ini boleh diketahui melalui pertanyaan kepada mereka yang berpengetahuan seperti penduduk Makkah.

Iii. Bagi seseorang yang berada di luar Masjidil Haram dan di luar tanah suci Makkah hendaklah menghadap ke arah tanah suci Makkah dengan tujuan menghadap Masjidil Haram atau Kaabah. Cara ini memadai untuk melaksanakan tuntutan syarak ketika mendirikan solat dan ibadat-ibadat lain.

Falsafah Perkembangan Pendidikan Di Mala

Bagi tempat yang jauh seperti di Malaysia, ijtihad arah Kiblat boleh ditentukan melalui perhitungan falak atau astronomi dengan menggunakan peralatan yang bersesuaian seperti kompas, teodolit dan juga mata angin. Arah Kiblat juga boleh ditentukan berdasarkan kepada kedudukan matahari dan bintang. Kaedah-kaedah yang tersebut di atas digunapakai oleh umat Islam di seluruh dunia sehingga kini.

Jawapan:Kita perlu ambil perhatian bahawa piring Astro tidak mengadap tepat ke arah kiblat. Ianya hanya boleh dijadikan panduan setelah kita membuat semakan arahnya dan dibuat pembetulan dari arah kiblat sebenar. Pengesahan arah kiblat yang dibuat oleh Jabatan Mufti Negeri-Negeri di masjid, surau dan premis-premis awam tidak boleh dibuat perbandingan dengan piring Astro yang berbeza-beza di setiap lokasi. Pengesahan kiblat di premis-premis tersebut menggunakan kaedah, pengiraan, peralatan dan kemahiran yang khusus.

Jawapan:Aplikasi telefon pintar yang digunakan bagi penetuan arah kiblat kebiasaannya menggunakan konsep kompas. Walaubagaimanapun, cara menggunakannya perlu betul kerana alat tersebut amat sensitif dengan tarikan magnetik seperti besi, arus elektrik, alat elektronik dan sebagainya dan kegunaannya adalah untuk peribadi sahaja.

Dokumen.tips Buku Panduan Krs Dan Tkrs Edit

Jawapan:Secara umum merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah-ubah dari azimuth 235° hingga 295°. Walaubagaimanapun sebagai salah satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan sekiranya diketahui perbezaan sudut di antara arah matahari terbenam dengan arah kiblat. Anggaran perbezaan sudut antara arah kiblat dengan matahari terbenam bagi kegunaan di Malaysia dinyatakan secara purata dalam Jadual I seperti berikut:

Pejabat

Jawapan:Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas Kaabah berlaku dua kali setahun. Fenomena ini berlaku pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai kira-kira jam 5.28 petang (mengikut waktu piawai Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan membetuli arah Kiblat.Lihat Rajah 1.

Jawapan:Pejabat Mufti wilayah Persekutuan mengambil tanggungjawab dalam menentukan arah kiblat bagi masjid-masjid, surau-surau, musolla dan tanah perkuburan Islam; tidak termasuk rumah-rumah persendirian. Bagi rumah-rumah persendirian, permohonan boleh dibuat kepada Persatuan Jurufalak Syarie yang ada menyediakan perkhidmatan menentukan arah kiblat rumah-rumah persendirian.Ilmu Astronomi atau ilmu falak dikenali sebagai Ilmu Kaji Bintang. Definasi Perkataan Falak bermaksud jalan peredaran yakni peredaran bintang-bintang atau objek samawi. Firman Allah di dalam Al-Quran,

Laporan Tahunan Nre 2008

Menurut kalangan Sarjana Islam ilmu bintang dikenali sebagai ilmu Tabie (sains), satu ilmu yang membincangkan kedudukan bintang-bintang, pergerakannya dan ketentuan-ketentuan gerhana matahari dan bulan. Ini termasuklah pergerakan Matahari kerana Matahari adalah salah satu dari berbilion bingtang di angkasa. Secara umum ilmu falak boleh diertikan sebagai ilmu yang membicarakan tentang matahari dan bintang-bintang yang beredar, tentang besar kecilnya, tentang jauh dekatnya daripada matahari atau juga tentang cakerawala-cakerawala langit, tarikan-tarikannya, kedudukan pergerakannya serta fenomena yang berkaitan.

Bagi orang islam, arah kiblat adalah sangat penting kerana ia merupakan antara salah satu daripada syarat-syarat sah solat samada solat fardhu atau solat sunnat. Hadith Nabi juga turut menjelaskan bahawa waktu-waktu solat ditetapkan mengikut pergerakan Matahari. Jika kita amati terdapat perubahan waktu solat setiap hari, ini kerana perubahan yang berlaku pada pergerakan Matahari akan mempengaruhi perubahan waktu solat

Semak

Sebelum menyusul kaedah lebih lanjut, eloklah kita mengetahui kompenan yang penting tentang istiwa’ adzam ini iaitu maksud kiblat itu sendiri. Kiblat merupakan titik rujukan di bumi ke arah kaabah, maka secara khususnya maksud arah kiblat ialah arah terpendek ke kaabah. Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap kearah Kiblat. Disebabkan Bumi berbentuk sfera, laluan ini membentuk bulatan besar seperti laluan kapal terbang. Mengikut koordinat, lokasi Kaabah (di 21° 25′ 24″ N, 39° 49′ 24″ E) boleh ditentukan secara geometri untuk menentukan arah Kiblat di mana-mana sahaja di muka Bumi ini.

Semakan Arah Kiblat Melalui Istiwa' Adzam Dan Kaedah Buruj

Kaedah tradisional ini telah digunakan sejak dahulu lagi tanpa sebarang alat astronomi atau kaedah matematik iaitu melalui peristiwa istiwa’ adzam, kaedah buruj bintang dan matahari terbenam.

Fokus pada waktu Malaysia, kejadian matahari istiwa di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, jam 5.28 petang (bukan tahun lompat). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.

• Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.

Fatwa

Tuntutan Mengetahui Dan Meyakini Arah Kiblat

Setiap objek astronomi samada Bulan, bintang dan Matahari akan terbit disebelah timur dan terbenam ke sebelah barat. Maka, kaedah semak arah kiblat dengan kaedah buruj bintang adalah dengan menggunakan kedudukan Belantik atau Orion (buruj) atau Buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu Mintaka, An-Nilam dan An-Nitak. Buruj Belantik akan berada di langit Malaysia ketika waktu Subuh pada bulan Julai dan kelihatan tinggi di langit pada waktu tengah malam pada bulan Disember. Pada bulan Mac dan mana yang berhampiran dengannya, buruj Orion akan berada di tengah-tengah langit ketika waktu maghrib.

Sejak dahulu lagi para sarjana ilmuan Islam banyak member sumbangan dalam bentuk ilmu kepada masyarakat menerusi kitab-kitab tulisan mereka, salah satunya sumbangan dalam bidang ilmu falak atau astronomi. Ilmu astronomi juga mempunyai kaitan dengan ibadah seharian umat islam khususnya. Dengan menguasai ilmu astronomi, pengetahuan tentang langit boleh memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat.