Peranan Guru dalam Pengurusan Bilik Darjah: Kunci untuk Pembelajaran Berkesan

Bilik darjah merupakan tempat dimana berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) serta tempat murid menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah.Pengurusan pula bermaksud satu proses mendapatkan penyertaan, kerjasama, dan campurtangan ahli untuk mencapai objektif-objektif organisasi atau kumpulan, gerak kerjanya termasuk proses merancang, mengelola, memimpin, mengarah dan mengawal. Pengurusan bilik darjah pula merujuk kepada bagaimana guru dan murid berkolaboratif mewujudkan satu suasana kelas yang kondusif dan ceria untuk memenuhi objektif p&p yang dijalankan di dalam bilik darjah.

Menurut Abdullah Sani Yahya, Abdul Rashid Mohamed & Abdul Ghani Abdullah(2007) dalam buku yang bertajuk “Guru sebagai Pemimpin”, pengurusan bilik darjah didenifisikan sebagaiset teknik dan kemahiranyang membolehkanguru mengawal pelajarnya secara efektifdalam usaha melahirkan suasanapembelajaran yang positif. Tambah mereka lagi, terdapat empat elemen yang perlu dipenuhi dalam penyusunan bilik darjah:

PerananDalam Pengurusan Bilik Darjah - Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah Kunci Untuk Pembelajaran Berkesan title=Peranan Guru Dalam Pengurusan Bilik Darjah style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRCvvbMUF4cHznSOwzWIs_MwSMVeWcD79xKInMyDW6ir-krhcjWiA4o2MXIOJNVS1exBg0&usqp=CAU'; />

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan pengalaman pembelajaran murid. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan, pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

Buku Pengurusan Pss 2021 Skp Converted (1)

Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal, suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi peluang yang sama untuk semua murid. Jika persekitaran psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan murid.

Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif. Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid. Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

Menurut Erik Erison, kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah.Melalui perkara tersebut juga, dapat melicinkan pengurusan bilik darjah dengan lebih baik lagi. Dalam pada itu, melalui peraturan dan rutin bilik darjah juga guru dapat mengawal para pelajar daripada melakukan gangguan ketika pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, dapat mengawal perlakuan yang tidak diibginkan oleh guru dan pelajar yang boleh mencetus kepada hilang kawalan dalam pengurusan bilik darjah.

Pengurusan Pembelajaran (kps3014): Tajuk 6: Pengurusan Bilik Darjah

Kualiti pengurusan bilik darjah merupakan kayu pengukur bagi menentukan berkesan atau tidaknya pembelajaran yang berlaku dalam sesebuah bilik darjah. Ini kerana kelemahan yang berlaku dalam bilik darjah itu juga merupakan petunjuk yang boleh dikaitkan dengan soal kualiti pengurusan. Pengurusan yang lemah dan tidak berkesan dalam organisasi pembelajaran dalam bilik darjah, menyebabkan perkembangan aspek kualiti yang tinggi dan unggul tidak dapat dipertahankan. Kualiti pengurusan yang lemah menyebabkan simpton sosial dan moral dalam bilik darjah terus meningkat. Kelemahan ini meliputi beberapa keadaan seperti berikut: • Keadaan Tidak Terkawal

Pengurusan bilik darjah yang lemah ialah punca timbulnya keadaan yang tidak terkawal. Keadaan ini diburukkan lagi dengan mekanisme pengurusan yang tidak berkesan. Disiplin pelajar pada keseluruhannya amat lemah. Perkara ini berpunca daripada kegagalan kegagalan guru mendisiplinkan mereka.

Suasana bising dan mengganggu berlaku disebabkan kelemahan kualiti pengurusan bilik darjah. Ketidakcekapan guru mencorakkan tingkahlaku pelajar (yang terkawal dan berdisiplin) menyebabkan suasana di dalam bilik darjah menjadi bising dan mengganggu. Perlakuan destruktif yang pelbagai boleh berlaku jika suasana bising dan mengganggu tidak dapat ditangani oleh guru secara berkesan.

Peranan Guru Dalam Bilik Darjah By Afiefah Fyffa On Prezi Next

Kotor dan tidak kemas mencerminkan kelemahan kualiti pengurusan di dalam bilik darjah. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya sikap tanggungjawab dan kelemahan amalan nilai-nilai murni yang sepatutnya disemai kepada murid. Faktor ini turut menimbulkan ketidakselesaan, kejahilan dan ketidakpekaan terhadap nilai kebersihan.

Kualiti bilik darjah yang tertekan boleh memberi kesan yang negatif ke atas perkembangan emosi seperti masalah rasa takut, bimbang , tiada keyakinan, dan keinginan untuk ponteng kelas yang tinggi di kalangan murid. Tekanan emosi juga boleh berlaku disebabkan perasaan dan rasa kurang selamat, aspek moral yang rendah, hubungan antara guru dan murid yang tidak baik, beban kerja yang berlebihan, jangkaan yang melampau terhadap murid serta kurangnya sokongan di dalam bilik darjah.

Kualiti pengurusan bilik darjah yang baik dipandu oleh corak pembelajaran yang terarah. Bilik darjah sebagai ‘learning organization’, perlu menghalakan aktiviti, minat, sikap dan komitmen yang tinggi di kalangan guru dan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang terarah dapat menentukan objektif yang jelas, pengurusan masa, bimbingan dan penyeliaan yang baik oleh guru, disamping rasa tanggungjawab yang tinggi di kalangan murid dalam melaksanakan tugas mereka.

EDU3104:

Tajuk 13: Pengurusan Alam Pembelajaran

Budaya belajar di dalam bilik darjah yang berkesan dapat dibina oleh wawasan dan misi organisasi pembelajarannya. Ini akan dapat meningkatkan kesedaran, rasa tanggungjawab, komitmen dan keinginan untuk mencapai kejayaan melalui pembentukan sikap yang mementingkan pelajaran – seterusnya mendorong murid untuk merealisasikan matlamat, cita-cita, hasrat dan impian murni. • Moral Yang Rendah

Moral yang rendah terjadi akibat pengurusan yang tidak cekap dalam menangani pelbagai masalah yang berlaku di dalam bilik darjah. Ini disebabkan oleh kurangnya inisiatif murid untuk memajukan diri mereka, disamping kurangnya daya usaha untuk maju dalam pelajaran. Kurang minat terhadap pelajaran juga berlaku di dalam bilik darjah yang kurang rangsangan dan ketandusan semangat untuk berubah. • Kepimpinan Yang Lemah

Kepimpinan guru yang lemah merupakan antara faktor penting merosotnya kualiti pengurusan, pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kepimpinan yang lemah berlaku kerana kurangnya komitmen dan inisiatif yang dilakukan oleh guru untuk membaiki segala kelemahan yang berlaku di dalam bilik darjah. • Kelemahan Kualiti Penyeliaan Dan Pengawalan

Peranan Guru Dalam Pengurusan Persekitaran Pembelajaran Yang Kondusif Untuk Murid

Mutu bilik darjah dapat ditentukan jila mekanisme dalam penyeliaan dan pengawalan bilik darjah dipertahankan dengan bersungguh-sungguh oleh guru. Ini membolehkan segala kelemahan yang berlaku dapat dikesan dan diatasi.

Pengurusan bilik darjah yang berkesan sebenarnya melibatkan ciri-ciri seorang guru, iklim bilik darjah dan kaitan antara pengurusan dan pengajaran.Untuk menjadikan bilik darjah lebih efisyen dan dapat diurus dengan berkesan guru hendaklah mempunyai sifat-sifat seorang pengurus yang baik seperti tegas, demokratik pengasih dan prihatin. Sebagai pengurus yang baik tugas guru bukan hanya tertumpu kepada proses pengajaran semata-mata tanpa mengambil kira iklim dan persekitaran serta masalah-masalah semasa pelajartetapi juga berusaha untuk mewujudkan iklim bilik darjah yang kondusif, sihat dan positif untuk menggalakkan pembelajaran.

-

Gaya kepimpinan guru dalam mengurus bilik darjah akan memberi kesan kepada iklim dan suasana persekitaran bilik darjah. Pengurusan yang berkesanakan memfokuskan kepada aspek-aspek seperti kemajuan pelajaran, interaksi dan pengelibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Untuk memastikan segala objektif dan matlamat yang ingin dicapai tercapai, seorang guru wajib mengetahui prinsip-prinsip pengurusan bilik darjah. Prinsip-prinsip ini adalah rangkuman daripada sikap guru, iklim bilik darjah dan pengurusan yang mengutamakan pengajaran. Antara prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut :

Pengurusan Tingkah Laku

Oleh kerana pelajar dan guru yang berada dalam bilik satu bili darjah mempunyai objektif yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran maka, kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama. Hubungan yang baik antaraguru dan pelajar perlu diwujudkan agar guru dapat menghormati pelajar sebagai individu yang memerlukan pertolongan dan pelajar dapat menghormati guru sebagai orang yang akan membantunya.

Guru sebagai pengurus perlu yakin akan keupayaan mengendalikan kelasnya. Pelajar akan memberikan kerjasama dan bantuan sekiranya guru memperlihatkan kesungguhannya dalam menjalankan tugas tersebut.

Kerjasama antara guru dan pelajar sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah yang berkesan dan efisyen, untuk mendapatkan kerjasama daripada pelajar termasuk pelajar yang kerapa membuat masalah, guru mestilah bersikap positif terhadap semua pejalar. Pelajar yang bermasalah perlu diberi lebih perhatian. Tunjukkan kepada mereka bahawa sikap mereka yang tidak digemari, bukannya diri mereka. Biasanya apabila mereka sedar bahawa guru mengambil berat tentang mereka, mereka akan lebih bersifat terbuka, berkongsidan sedia mengubah perlakuan mereka yang negatif.

Pdf) Peranan Guru Cemerlang Malaysia Di Sekolah

Pepatah inggeris ada menyebut “prevention is better than cure”. Pepatah ini boleh diadaptasikan dalam pengurusan bilik darjah. Bagi seorang guru, mencegah perlakuan negatif pelajar adalah lebih baik dari mengambil tindakan untuk merawat atau mengawalnya. Sikap proaktif guru dalam mewujudkan suasana yang kondusif di bilik darjah, menghalang pelakuan negatifpelajarnya.

Peranan

Untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan, guru perlu tegas dalam melaksanakan segala peraturan dan rutin yang telah ditetapkan. Pelajaryang melanggar rutin perlu dihukum mengikut prosedur yang ditetapkan.Kelonggaran atau kelemahan melaksanakan segala peraturan rutin ini akan mengurangkan rasa hormat pelajar terhadap guru.

Pelajar adalah manusia yang jiwanya bergelojak setiap masa, sebagai pengurus guru perlu memberi dorongan kepada pelajar setiap masa. Pelakuan positif yang mereka perlihatkan walaupun kecil perlu diberi pujian yang sewajarnya kerana pelakuan yang positif itu apabila diberi pujian akan meningkat kekerapannya. Selain mengetahui dan memahami serta mampu mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan bilik, guru juga perlu meneliti faktor-faktor lain dalam pengurusan bilik darjah yang efisyen.

Alat Pengurusan Bilik Darjah Untuk Menggantikan Pengajaran Anda

Jenis guru yang agresif merupakan kalangan guru yang garang , kasar, tidak mesra, tidak bertimbang rasa dan sering menganggap murid sebagai musuh. Guru yang bersifat agresif ini berpendapat, untuk mengekalkan dan menguruskan aktiviti bilik darjah, mereka sebagai guru mesti menunjukkan kuasa dengan menetapkan peraturan dan tidak perlu bertolak ansur dengan murid. Mereka hanya memberikan arahan dan murid-murid perlu mengikut arahan tanpa bantahan. Ekspresi muka mereka sentiasa serius dan tegas. Guru-guru ini selalu menggunakan arahan-arahan yang keras dan tegas seperti‘Duduk’, ‘Diam’, ‘Dengar sini!’..Arahan-arahan sebegini