Kita selalu hadapi masalah nak cari arah kiblat bila bermusafir atau pindah rumah baru. Kalau yang pindah rumah baru ok lagi boleh tanya jiran sebelah. Tapi yang bermusafir memang pening jugak la. Cari arah kiblat ni hukumnya wajib tau sebab salah satu syarat sah solat ialah menghadap kiblat. Jangan buat main-main.
Arah kiblat bukan semata-mata berpandukan arah matahari terbenam je. Matahari terbenam arah barat. Tapi kiblat kita bukan menghadap barat. Kiblat kita menghadap Kaabah. Untuk kita yang berada di Asia Tenggara, arah kiblat kita memang lebih kurang sama macam arah barat atau arah matahari terbenam. Tapi bukan tepat-tepat arah barat. Kena sengetkan beberapa darjah.
Petunjuk Solat Yang Tepat title=Fatwa Berkaitan Arah Kiblat style=width:100%;text-align:center; onerror=this.onerror=null;this.src='https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTvF_7fYJJD2mTKRm-2lDErjmk7TsaWdqKKNP5iWBh1qcLqOOGGTHEYAMkOFw1LD6y54MM&usqp=CAU'; />
Paling senang nak cari arah kiblat adalah menggunakan kompas atau sekarang dah ada kompas kiblat. Contoh kompas macam gambar kat bawah. Ramai yang beli kompas ni tapi tak reti guna [pengalaman sendiri]. Mereka pusingkan kompas hingga jarum merah menunjukkan arah bertanda kaabah. Sebenarnya arah itu adalah arah utara. Kalau kita berada di Yamen, maka arah kiblat kita betul. Tapi jika di Malaysia, kita berkiblatkan Thailand.
Hari 1 Ayat: Cara Mencari Arah Kiblat
Kita perlu faham bahawa jarum kompas sentiasa menunjukkan arah utara. Kaabah tidak mengeluarkan medan magnet, maka tiada satu jarum kompas dalam dunia ni dapat mencari kaabah. Yang perlu kita lakukan ialah mencari di mana kedudukan kaabah dari tempat kita berada.
Pada kompas kiblat, terdapat nombor-nombor sudut dari 0 hingga 360. Nombor ni menunjukkan bearing kedudukan antara lokasi kita dan juga lokasi kaaabah. Jika di malaysia kita perlu memusingkan kompas kita sehingga jarum kompas menunjukkan arah nombor 80. Kaabah berada kira-kira 80 darjah barat dari Malaysia. Sesudah arah jarum utara (jarum merah) berada pada kedudukan nombor 80, maka arah simbol kaabah adalah arah kiblat yang betul.
Berhati-hati dengan arah kiblat. Kiblat salah tak sah solat tau. Cepat beli kompas kiblat dan check arah kiblat kat rumah masing-masing. Untuk yang selalu bermusafir atau masuk hutan macam saya elok la standby kompas kiblat ni dalam kereta setiap masa. :)) ialah arah yang menghala ke Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, yang digunakan oleh orang Islam dalam pelbagai konteks agama, terutamanya arah sembahyang untuk solat. Dalam Islam, Kaabah dipercayai tempat suci yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., dan penggunaannya sebagai kiblat diperintahkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun kedua Hijrah. Sebelum wahyu ini diturunkan, Nabi Muhammad dan pengikutnya di Madinah menghadap Baitulmuqaddis untuk sembahyang. Kebanyakan masjid mengandungi sebuah mihrab (ceruk dinding) yang menunjukkan arah kiblat.
E Laporan: Penentuan Arah Kiblat
Kblat juga arah masuk ihram (keadaan jemaah berniat untuk haji atau umrah); arah haiwan dipalingkan semasa dhabihah (korban); arah yang disyorkan untuk membaca doa; arah yang dielakkan apabila membuang air atau meludah; dan arah jenazah dibaringkan apabila dikebumikan. Kiblat boleh dilihat dengan menghadap Kaabah dengan tepat (ayn al-Kaabah) atau menghadap arah yang umum (jihat al-Kaabah). Kebanyakan ulama Islam berpendapat bahawa jihat al-Kaabah boleh diterima jika ayn al-Kaabah yang lebih tepat dapat dilakukan. Contohnya, di dalam Masjidil Haram dan sekelilingnya tidak dapat dipastikan.
Takrifan teknikal paling umum yang digunakan oleh ahli falak Islam untuk suatu lokasi ialah arah bulatan agung—di sfera Bumi—melalui lokasi tersebut dan Kaabah. Ini ialah arah laluan yang terpendek mungkin dari suatu tempat ke Kaabah, dan mengirakan pengiraan (hisab) kiblat yang tepat menggunakan rumus trigonometri sfera yang mengambil koordinat suatu lokasi dan koordinat Kaabah untuk dimasukkan (lihat rumus di bawah). Kaedah ini diguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang untuk orang Islam, dan menghimpun jadual kiblat yang digunakan dalam alat seperti kompas kiblat. Kiblat juga dapat ditentukan di suatu lokasi dengan memerhati bayang-bayang rod menegak pada kejadian dua kali setahun apabila matahari betul-betul di atas Mekah—pada 27 dan 28 Mei jam 12:18 Waktu Piawai Arab Saudi (09:18 UTC), dan pada 15 dan 16 Julai jam 12:27 SAST (09:27 UTC).
Sebelum perkembangan ilmu falak dalam dunia Islam, orang Islam menggunakan kaedah tradisional untuk menentukan kblat. Kaedah ini termasuk menghadap arah yang sahabat Nabi Muhammad telah guna apabila berada di tempat yang sama; menggunakan titik terbenam dan terbit objek cakerawala; menggunakan arah angin; atau menggunakan arah selatan, iaitu kiblat Nabi Muhammad di Madinah. Astronomi Islam awal terbina pada astronomi India dan Yunani, terutamnya karya Ptolemy, dan kemudian ahli falak Islam menghasilkan kaedah mengira arah anggaran kiblat, bermula dari pertengahan abad ke-9. Pada akhir abad ke-9 dan ke-10, ahli falak Islam menghasilkan kaedah mencari arah tepat kiblat yang setara dengan rumus moden. Pada awalnya, kiblat ahli falak ini digunakan bersama pelbagai kiblat yang ditentukan secara tradisional, mengakibatkan banyak kepelbagaian di kota Islam pada Zaman Pertengahan. Tambahan pula, data geografi tepat yang diperlukan untuk kaedah falak mengeluarkan keputusan yang tepat belum ada sebelum abad ke-18 dan ke-19, mengakibatkan kepelbagaian lanjut kiblat. Masjid bersejarah dengan kiblat yang berbeza masih berdiri hari ini di seluruh dunia Islam. Penerbangan angkasa seorang Islam yang taat, Sheikh Muszaphar Shukor, ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 menimbulkan perbincangan tentang arah kiblat dari orbit rendah Bumi, menyebabkan pihak berkuasa Islam negara asalnya, Malaysia, mengesyorkan menentukan kiblat berdasarkan mana-mana arah untuk angkasawan tersebut.
Panduan Azimuth Penentu Arah Kiblat
Nabi Muhammad SAW dan orang-orang Islam terawal di Madinah pada asalnya sembahyang ke arah Baitulmuqaddis, dan mengubah kiblat menghadap Kaabah di Mekah pada tahun 624M.
Kiblat ialah arah Kaabah, bangunan seperti bentuk kubus di tengah Masjidil Haram (Masjid Suci) di Mekah, di rantau Hijaz, Arab Saudi. Selain peranannya sebagai kiblat, ia juga tempat suci bagi orang Islam, juga dikenali sebagai Baitullah (Rumah Allah) dan tempat tawaf yang dikerjakan semasa menunaikan Haji dan umrah. Kaabah mempunyai pelan tingkat bawah lebih kurang bersegi empat tepat dengan empat penjurunya yang menghala dekat empat arah kardinal.
Tidak banyak catatan sejarah yang tinggal memperincikan sejarah Kaabah sebelum kebangkitan Islam, tetapi dalam generasi sebelum Nabi Muhammad, Kaabah digunakan sebagai tempat suci agama Arab pra-Islam.

Kaedah Menentukan Arah Kiblat
Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.
Orang Islam menggunakan berbagai-bagai alat untuk mencari arah kiblat apabila tidak dekat dengan masjid. Kompas kiblat ialah kompas magnet yang memasukkan jadual atau senarai sudut kiblat dari petempatan utama. Beberapa versi elektronik menggunakan koordinat satelit untuk mengira dan menunjukkan kiblat secara automatik.Walaupun dengan kedudukan Kaabah di Makkah menjangkau ratusan ribu kilometer, menetapkan arah kiblat sebenarnya tidak menjadi persoalan kerana ilmuwan Islam benar-benar menguasai ilmu falak untuk menyelesaikan masalah itu sekadar berpandukan kedudukan cakerawala seperti bintang dan matahari.
Ini kerana, ada umat Islam masih menggunakan kaedah menentukan kiblat berpandukan arah matahari terbenam, sedangkan cara itu tidak tepat dan salah di sisi Islam kerana hanya dua hari dalam setahun arah kiblat boleh berpandukan kepada arah matahari terbenam.
Kompas Penunjuk Arah Kiblat
Menyedari kesilapan itu, sewajarnya umat Islam di seluruh dunia tidak lagi menentukan jadual atau takwim solat, waktu berbuka puasa dan hari raya berpandukan kaedah matahari terbenam. Malaysia sudah tidak lagi menggunakan kaedah ini, sebaliknya berpandukan ilmu falak syarie seperti yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dengan kepesatan teknologi, perkara sebegini tidak sepatutnya menjadi masalah sehingga membawa kepada timbulnya pertelingkahan kerana sudah ada pelbagai peralatan canggih yang boleh digunakan untuk menentukan arah kiblat.
![]()
Ketua Penolong Pengarah Cawangan Falak, Bahagian Penyelidikan Jakim, Che Alias Che Ismail, berkata penentuan arah kiblat yang tepat amat penting terutama dalam pembinaan masjid atau surau bagi memastikan ia tidak tersasar.
Kompas Kiblat Elektronik
Beliau menegaskan, ketepatan arah kiblat bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan kerana biarpun cuma satu darjah terpesong ia bersamaan kira-kira 125 kilometer tersasar dari arah Kaabah.
Bagaimanapun, muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan had berpaling yang dibenarkan tidak melebihi tiga darjah dan ia tidak perlu difatwakan tetapi boleh dijadikan garis panduan dalam pembinaan masjid dan surau baru.
Katanya, dua alat digunakan untuk menentukan arah kiblat iaitu kompas Ushikata dan Teodolite tetapi ia juga berpandukan kepada keadaan tertentu seperti diletakkan di tanah rata untuk mendapatkan ukuran tepat.
Arah Matahari Terbenam Boleh Tentu Kiblat
“Peralatan itu selalunya digunakan untuk menentu arah kiblat untuk tujuan pembinaan masjid atau surau. Bagi orang perseorangan atau ingin menentukan arah kiblat di rumah, cara tradisional masih boleh digunakan.

“Setiap tahun, ada dua keadaan yang boleh digunakan umat Islam menentukan arah kiblat iaitu ketika matahari berada betul-betul di atas Kaabah. Ia berlaku pada 28 Mei jam 5.16 petang dan sekali lagi pada 17 Julai jam 5.28 petang.
“Caranya dengan meletakkan tiang atau sesuatu yang lurus di tanah lapang pada waktu berkenaan dan perhatikan bayang objek itu. Oleh kerana di Malaysia ia berlaku pada waktu petang, arah kiblat diukur dari hujung bayang hingga ke pangkal tiang ,” katanya.
Lautan Biru: Buruj Orion, 3 Bintang Penunjuk Arah Kiblat Dan Sirius
Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin, berkata falak ialah disiplin ilmu astronomi Islam yang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu falak takwim membabitkan pengiraan hari, bulan bagi menentukan puasa dan hari raya.
“Kedua ialah falak waktu solat iaitu menentukan masuknya waktu solat berdasarkan kedudukan matahari dan ketiga, yang paling besar dan penting falak penentuan arah kiblat.
“Arah kiblat diukur menggunakan kompas Ushikata atau Teodolite. Caranya tidak banyak berbeza tetapi penggunaan Teodolite lebih tepat kerana kadang-kadang bacaan kompas dipengaruhi unsur lain seperti besi dan sebagainya, ” katanya.

Wacana Pendidikan Falak Negeri Terengganu Arah Kiblat
“Pertama, berdasarkan kedudukan matahari di atas Kaabah yang berlaku pada Mei dan Julai setiap tahun. Seluruh dunia boleh menyemak kedudukan kiblat berdasarkan fenomena itu.
“Cara kedua ialah dengan menghitung waktu matahari setiap hari. Kaedah kedua banyak risiko kerana kedudukan matahari berubah setiap
Komentar